~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Friday, July 05, 2013

Cat Rumah

Ingat pagi ni nak habiskan kerja2 mengecat rumah...esok nak suruh tukang elektrik buat sambungan elektrik di rumah...harap2 semuanya berjalan lancar

Thursday, July 04, 2013

kembali bertemu di sini

Alhamdulillah aku bertemu kembali menulis di sini setelah 2 tahun menyepi... Hari ni, 16 tahun dulu adalah hari pertama anak ku Sakinah dibawa balik ke rumah..ketika tu kami masih tinggal di kangar..taman bahagia..selalunya anak2 ku akan ditahan lama sikit di hospital setelah dilahirkan...namun Kinah tidak...dia paling mudah..segera dibawa balik...itupun oleh Pak Tamnya yang kebetulan ingin menziarahinya di hospital...dengan ketenangan dan mudahnya ini aku dan ibunya menamakannya Sakinah...mudah...esok abah sambung balik cerita ini no...terlalu sayu rasanya... Sejak kecil Kinah tidak banyak bercakap.Tiada langsung apa2 masalah yang ingin diceritakan kepadaku. Apa2 cerita mengenainya aku perolehi dari ibunya.atau dari anakku yang lain.. malah keadaan kesihatannya pun aku lambat ketahui. sungguh berahsia anakku ini. Aku masih ingat semasa kecil ketika aku melipat kain aku akan cuba menguji ingatannya tentang kepunyaan siapa setiap pakaian yang sedang aku lipat...Kinah akan memberitahukan kepada ku dengan tepat...semasa kecil-kecil la...selepas itu hubngan aku dengannya sudah agak jarang...sebab ketengannyalah...namun aku sentiasa menyuruhnya membantuku mengambil barang2 dapur kerana sikap tidak membantahnya malah aku pernah berhasrat untuk bergantung ketika usia tuaku untuk bersamanya kerana aku tahu dia tidak banyak mengeluh. Memang dari segi pencapaian akademiknya agak kurang...aku yakin ini baru saja peringkat awal...mungkin apabila dia sudah dewasa dia akan berubah...tetapi subjek kesukaanku dia tidak lemah malah sentiasa memperolhi A...matematik...terima kasih Kinah... Kinah, kelmarin harijadi Kinah yang ke 16, pernah tak Kinah meminta abah membeli kek sempena harijadi Kinah..tidak kan...Kinah tidak Kisah..apa apa beli Kinah tidak pernah membantah...kalau baju raya apa yang abah pilih tentu kinah akan ambil..emak perasan tentang itu..abah tidak kisah samada anak2 abah mengambil pakaian pilihan abah atau tidak kerana itu kehendak masing2...tapi kinah tidak banyak karenah... ini gambag kawan2 rapat kinah... Mengenangkan Kinah menyebabkan aku sayu sekali. Amat payah untuk aku menitiskan air mata walaupun aku terasa begitu sedih. Namun aku mudah teresak2 menangis ketika sebulan Kinah di hospital. Bayangkan gadis periang yang bergambar di atas sebelum terlantar di hospital berubah wajah...seorang berlari2 anak menuju ke bilik pemeriksaan dengan emaknya dengan tiba2 keesokan harinya dimasukkan ke ICU dan setelah itu terus hilang keupayaan. terus tidak mampu melakukan apa2 dengan sendiri...sebulan terlantar begitu dan Kinah terus meninggalkan kami sekeluarga...10.1.13...Kinah balik juga ke rumah kita namun dengan keadaan berbaring dan diusung... Segala2nya telah berakhir...pemergianmu menyebabkan terasa seperti kehilangan sesuatu dalam hidupku...kadang2 apabila hendak memulakan untuk makan nasi terasa seperti tidak semua anak abah hadir...aku cuba mencari..rupa2 kinah yang tiada..aku ingin terus menulis tentang Kinah namun terasa seperti tidak mahu berhenti...air mataku akan terus menitik..Kinah mungkin kita akan bertemu lagi untuk selama2nya..tapi di syurga..