~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Tuesday, February 23, 2010

Kenangan itu..

Memang kalau ada anak muridku mengatakan aku sudah gila facebook, aku takkan menyangkalnya.. memang aku sudah ketagih ni...

Semalam ketika aku mendapat emel dari seorang wanita yang memanggilku abang...aku rasa ini lain dari yang lain.. selalunya aku mendapat panggilan cikgu..tentu dari anak muridku.. he he he

Apabila dia menceritakan serba sedikit tentang dirinya, barulah aku yakin bahawa dia adalah lain dari yang lain.. bersyukur juga aku, betapa kerinduan berpanjangan kini akan berterusan dengan aktifnya aku di fb ni..

Azlan Syah... Entah mengapa setelah habis belajar kita di universiti dulu kita tidak pernah berjumpa. Hanya sekali kita bertemu, itupun hanya sekadar sepintas lalu..di damansara ketika aku dan adik beradik lelakiku bersama untuk merayu sesuatu untuk adikku.. juga seorang guru.. kau bersama isteri dan dua anak kecilmu...aku hanya sempat menyapa.. 'dia dah tak komplen lagi ka?' pada isterimu..hanya senyuman di bibirmu..itu yang aku ingat...lepas itu kita tak bertemu lagi, mungkin disebabkan tiadanya walau sedikit kemewahan handphone..hinggalah petang itu..petang isnin itu..ketika bersendirian di rumah aku menerima emel dari isterimu...antara isinya amat memilukan..'dia telah kembali ke rahmatullah'.. berita yang terus mengocak fikiranku..ahh inikah suratan..terimbau kenangan bersamamu..kuharap isterimu merestui penulisan aku ini..kerana aku telahpun memberitahunya sebelum aku menulis ini...berita pemergianmu begitu memilukanku seperti aku menerima berita pemergian Azmer kawan kita..satu jabatan dengan kita..juga kawan baikku..azmer juga telah pergi dalam keadaan pilu..aku mahu beritahumu berita itu..azlan..namun kau juga menuruti jejak Azmer..meninggalkanku..ohh baru aku sedar nama kau dan dan dia ada persamaan..bermula dengan AZ...ah..

Banyak yang terkenangkan aku bersama Azlan.. seorang yang amat takutkan cicak..mungkin ini hanya gurauan..suatu hari ketika dia memanjat kerusi mencari barang di atas almari..dia bertanya ku ada tak cicak..kerana dia takut akan cicak..aku seperti tidak percaya..cheh lelaki mana takutkan cicak..lawak la..namun ketika aku sedang bermain dengan getah gelung..secara tak sengaja aku membedil ke atas dan jatuh di atas tangan.. dia menjerit..ahh lawak la..jeritannya itu..sehingga baru aku tahu betapa takutnya dia akan cicak..akukah pelawak itu atau peristiwa itu amat lawak.. maafkanlah aku Azlan..

Dari tahun satu ketika aku berjalan ke bilik tv ada satu lembaga hitam besar menahanku..alamak apa ni? Banyak masalah la.. dan sejak itu akulah tempat dia meluahkan masalahnya..he he namaku waktu itu dia belum tahu..kerana seperti kata isterinya dia individualistik..aku tipu namaku sebenarnya..bermula masalahnya ialah apabila dia menemui pensyarah berceritakan masalahnya..dia diberitahu..carilah mak we..bermula hari itu bermula la masalah baru baginya..mencari makwe..he he masalah lama tak selesai..masalah baru bermula...begitu juga dengan masalah rokok untuk berhenti rokok dia mengambil sikap mengganti dengan minum kopi.. he he suatu hari dia menemuiku.. menceritakan kopi pun karut gak..ketagih gak.. mahal pulak tu..kembali lah kepada rokok.. he he x selesai la pulak..

Dia sebenarnya berasal dari agama Hindu.. dan dalam aku kenal dia dia tidak pernah mahu menerima Islam..cadangan aku ditolak mentah2..aku x berani berhujah dengan orang sedarah seperti dia..dia berethnik Ceylon..banyak idea sangat..Agama yang paling diminatinya adalah kristian protestan..he he..malam itu ketika aku bersamanya dikerumuni oleh ramai orang Islam berbahas tentang agama dengannya..dia berada di tengah2..kami mengelilinginya..termasuk dua orang yang baru memeluk Islam..segala hujah kawan2 ditolaknya juga..kerana maklumat yang dia dapat dari Bible..dalam berhujah dia tidak pernah mengaku kalah..tahniah buatnya walau aku tidak menyebelahi..dia faham..malam berkesudahan tanpa jawapan..dan lama setelah itu..setelah semester baru bermula aku disapa salam oleh seorang yang seperti mahu memberitahuku secara teruja sesuatu.. namun bila aku toleh ke belakang..aku terkejut dan aku tidak menjawab..'aku faham' katanya sambil senyum..'sekarang aku sudah Islam' Alhamdulillah..banyak lagi la cerita tentang ini berkenaan dengannya ini..contohnya ada kawan yang menjawab waalikumusaleh..macam2 la..seharian aku asyik mendengar kisahnya bagaimana dia memeluk Islam..panjangnya cerita...

Paling rapat hubungan aku dengannya adalah tentng kepulangan kami bersama atas motor ke kedah..ke rumahku..penat..dan beberapa kali kami dihalau polis kerana tidur di tepi jalan...motornya beberapa kali meragam..belanja rasanya berkali2 ganda lebih mahal dari naik bas..apatah lagi keretapi..di rumahku ahli keluargaku kehairanan tentangnya..makan tangan kiri..he he mungkin dah berubah kot..tujuan motor itu adalah untuk mudah ke rumah mak wenya.. lorong seri..mungkin silap..

banyak lagi kenangan indah bersamamu AZLAN..tentang surat makian dari kawan Indiamu, tentang empat suku, tentang permulaan percintaanmu, tentang ustaz sabri, tentang perjuangan politik setelah menganut Islam, tentang komenanku terhadap YDP Kamsis, tentang hadiah cermin untukku, tentang,... banyak lagi la..unit dan amat memeritkan..kau anak tunggal dari keluargamu..kau ada simpanan duit yang menunggu matang...sekarang semuanya diwarisi oleh anak2mu..nasib kau meninggalkan zuriat..kalau tidak aku la penerimanya he he he.. Azlan, mungkin sedikit teman rapat..sebenarnya kau pun tahu, aku bukanlah teman rapatmu..tetapi kenapa aku banyak tahu tentangmu..kerana akulah tempat mencurahkan segala permasalahanmu..entahlah..maafkanlah segala kesalahanku..semoga Tuhan merahmatimu..amin..

Thursday, February 11, 2010

Egoisme...

Hari ini entah apa-apa sekolah ini ada aktiviti perjumpaan rumah sukan, dan lepas tu perjumpaan badan beruniform. Kelas rasanya semua seperti dibatalkan.. macam mana ni sukan merangsang akademik ke atau mengganggu akademik...biarlah aku menulis sesuatu di dalam ruangan ini, terisilah sikit masa ku rasanya...

Ping pong...

Sekarang aku sedang menunggu cikgu mat untuk datang bermain ping pong. dia kata dia nak mai. suruh akuk tunggu dalam bilik ini. aku tak percaya la dia akan sampai seperti yang dijanjikan. walaupun janggutnya agak panjang namun janjinya sukar dipercayai..
bercakap tentang ping pong ini sebenarnya salah aku juga, kenapakah aku memberi kemenangan pada mereka sebelum ini.. itu kesilapan besar aku sebenarnya, kalaulah aku membantai mereka ketika bermain sebelum ini tentu hari ini bukan aku yang mengajak mereka, mereka yang akan mengajak aku..jadi hati2 selepas ini kalau aku terpaksa membantai mereka, he he he..terpaksa apa boleh buat..

Minggu ini, aku agak sibuk dengan ping pong pelajar sebenarnya. Sejak Jumaat malam hingga petang ahad, hidupku hanya di dewan ping pong..seramai 5 orang pelajar sekolah aku mengikuti proses pemilihan pemain untuk mewakili perlis dalam kejohanan remaja di selangor.. hsilnya dua pelajar terpilih, aku dan cg fadzil rasanya akan juga pergi ke sana. dan hari isnin menurut cg fadzil ada dua lagi pelajar akan mewakili perlis ke kejohanan anak2 yatim di terengganu..beruntung cg fadzil yang disebut pengetua di perhimpunan, cg salleh he he he tak perlu semua itu..dulu ketika aku galak bercerita kat pengetua tentang kehebatan ping pong langsung tidak diendahkannya, tak pa pengetua sekalian anda jadi pengetua rasanya tak pernah merasa penat jerih melatih seperti apa yang aku buat, anda hanya tahu berfikir... bilakah aku nak naik pangkat dan bagaimanakah caranya..ujian untuk aku juga tu, rasanya sampai kiamat aku tidak akan menjadi pengetua kenapa? kerana aku hanya perlu merasai penat jerih bersama pelajar dan tiada masa untuk berfikir seperti mereka.. he he he..

Kematian dan kemalangan...

Hanya sebelum ini beberapa hari aku dikejutkan dengan kemalangan dan kematian ayah sahabatku cikgu syeidi.. kelmarin dulu datang pula berita ayah anak muridku pula mengalami nasib yang sama..entahlah.. keduanya aku sempat menziarahi.. ayah cikgu syeidi adalah kenalan rapat denganku. malah aku terlebih dulu mengenalinya sebelum aku mengenali cg syeidi. dia meninggal di hospital akibat hentakan kuat dikepala yang mengakibatkan kerosakan bahagian dalaman kepalanya..manakala ayah zamzuri meninggal di tempat kejadian akibat langgar belakang..pecah hatinya akibat cucukan tulang rusuk..zamzuri anak murid yang sering menemuiku ketika belajar dulu memelukku ketika aku sampai di rumahnya..ayahnya tidak ku kenali..takziah diucapkan..

Pertukaran Guru

Seperti guruh melanda. Tiba2 rakyat sekolah aku terkedu. Minggu ini 5 orang guru telah mendaftar di sekolah baru. Ditukarkan. Katanya ramai lagi yang menyusul. Halim adalah kenalan paling lama aku di sini. Dia ditukarkan, Memaklumkan kepada aku awal2 lagi. Rasanya di antara orang yang paling awal tahu. Ketika berada di sana pun aku yang mendapat mesej darinya menceritakan pengalaman pertama dia di sana. Itulah sebabnya aku terasa kehilangan dia. Yang lain aku tak kisah sangat. Aku dan guru2 lain sedang dalam perhatian. Berbagai spekulasi melanda.. apa aku kisah.. mungkin anak2..

Wednesday, February 03, 2010

tazkziah...

kelmarin ketika aku berchatting dengan sahabat lama aku faisel di halaman facebook, aku dikejutkan dengan berita kematian bapa penakan isteri aku yang kami panggil pak lang. Kami terpaksa membatalkan semua aktiviti petang ank2 di sekolah untuk bergegas bali ke penang.. begitu juga dengan cadangan aku untuk bermain ping pong dan bola sepak.. semua terpaksa dibatalkan.memanglah bukan mnegejutkan sangat tentang pemergiannya tu..dia pun sudah tua. bapa mertua aku abang beliau pun sudah setahun pergi.kini gilirannya pula. demikianlah hidup ini, silih berganti..suatu hari nanti tunggu giliran aku pulak..
sedikit bercakap tentang pak lang ini. beliau merupakan seorang tua yang tidak banyak bercakap. sepanjang aku bersama dengannya dia seperti sedang berfikir. ketika aku baru kawen ngan isteri aku dulu dia adalah seorang tok siak di masjid kampungnya, lahar tembun dengan bapa mertuaku (abangnya) adalah imam. seorang tokoh juga ketika diangkat sebagai tokoh bapa mithali (entah apa istilahnya aku dah lupa) pulau pinang disebabkan kejayaannya mendidik anaknya yang ramai dan berjaya. seingat aku hanya seorang sahaja yang menjadi suri rumah..anak2 yang ramah tamah, ketika pulang ke kampung isteriku aku sentiasa menziarahi mereka..untuk pak lang semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu..tempat pemergianmu itu akan didatangi oleh semua orang termasuk aku..

Monday, February 01, 2010

di sini lagi...

tadi ada perhimpuanan pagi, selamat datang pelajar baru tingkatan 4 2010...
sekolah kembali kepada full vokasional.. rasanya tiada banyak beza keadaan perhimpunan ketika dulu dengan sekarang cuma pelajar perempuan tu yang kurang sikit,...
sekarang berada di bilik pereksa ni menunggu kelas yang akan datang.. selepas rehat.. rasanya hari ni hanya sessi perkenalan saja kot.. mengemaskinikan facebook kegilaan baru ku itu.. dan membeca serta mengingati nama2 pelajar dulu, aduhai betapa susahnya aku mengingati mereka kembali.. kalau lah aku tahu tentu, aku telah lama menghafal nama mereka... biar aku simpan dalam memori hingga kini... namun aku akan tetap mencuba mengingati mereka dan keadaan mereka ketika dulu..kemarin aku ke hospital seberang jaya menziarahi bapa penakan isteriku yang gering dan uzur.. balik aku singgah kat taman sayang untuk menyerahkan duit khairat atas kematian seorang ahli dari kg padang pasir kat amin..rindu aku pada taman sayang..ada cerita sedih aku diminta oleh anak si mati memberi air penenang agar ingatannya pada emaknya berkurang...rindu sangat katanya..aku tidak pernah melakukan ini, namun aku cuba dan amat berharap agar Allah memakbulkan doaku itu..
ada satu perkara pelik aku buat kemarin iaitu ketika di TESCO kat seberang jaya, ketika aku di kaunter nak membuat pembayaran setelah barang2ku diangkat ke atas kaunter, aku seperti tidak di layan, cheh aku punya duit..aku tinggalkan je semua barangan di atas kaunter, semua ahli keluargaku heran, yang tak heran dan tak sedar langsung adalah sepenjaga kaunter itu..aku harap dia dapat menyimpan balik la barangan yang telah aku lamabakkan di atas kaunter itu... sebagai bayaran utnuk ahli keluargaku itu, aku telah beanjakan mereka makan KFC, habis hampir RM50.00.. he he he pada muka aku..wahai penjaga kaunter belajar2 lah menghormati orang yang tak hensem sepertiku ini, kerana anda yang menjaga kaunter itu pun kerjanya mulia juga malah semulia kerja guru jugak, anda hanya perlu jujur dah ikhlas saja...