~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Friday, July 05, 2013

Cat Rumah

Ingat pagi ni nak habiskan kerja2 mengecat rumah...esok nak suruh tukang elektrik buat sambungan elektrik di rumah...harap2 semuanya berjalan lancar

Thursday, July 04, 2013

kembali bertemu di sini

Alhamdulillah aku bertemu kembali menulis di sini setelah 2 tahun menyepi... Hari ni, 16 tahun dulu adalah hari pertama anak ku Sakinah dibawa balik ke rumah..ketika tu kami masih tinggal di kangar..taman bahagia..selalunya anak2 ku akan ditahan lama sikit di hospital setelah dilahirkan...namun Kinah tidak...dia paling mudah..segera dibawa balik...itupun oleh Pak Tamnya yang kebetulan ingin menziarahinya di hospital...dengan ketenangan dan mudahnya ini aku dan ibunya menamakannya Sakinah...mudah...esok abah sambung balik cerita ini no...terlalu sayu rasanya... Sejak kecil Kinah tidak banyak bercakap.Tiada langsung apa2 masalah yang ingin diceritakan kepadaku. Apa2 cerita mengenainya aku perolehi dari ibunya.atau dari anakku yang lain.. malah keadaan kesihatannya pun aku lambat ketahui. sungguh berahsia anakku ini. Aku masih ingat semasa kecil ketika aku melipat kain aku akan cuba menguji ingatannya tentang kepunyaan siapa setiap pakaian yang sedang aku lipat...Kinah akan memberitahukan kepada ku dengan tepat...semasa kecil-kecil la...selepas itu hubngan aku dengannya sudah agak jarang...sebab ketengannyalah...namun aku sentiasa menyuruhnya membantuku mengambil barang2 dapur kerana sikap tidak membantahnya malah aku pernah berhasrat untuk bergantung ketika usia tuaku untuk bersamanya kerana aku tahu dia tidak banyak mengeluh. Memang dari segi pencapaian akademiknya agak kurang...aku yakin ini baru saja peringkat awal...mungkin apabila dia sudah dewasa dia akan berubah...tetapi subjek kesukaanku dia tidak lemah malah sentiasa memperolhi A...matematik...terima kasih Kinah... Kinah, kelmarin harijadi Kinah yang ke 16, pernah tak Kinah meminta abah membeli kek sempena harijadi Kinah..tidak kan...Kinah tidak Kisah..apa apa beli Kinah tidak pernah membantah...kalau baju raya apa yang abah pilih tentu kinah akan ambil..emak perasan tentang itu..abah tidak kisah samada anak2 abah mengambil pakaian pilihan abah atau tidak kerana itu kehendak masing2...tapi kinah tidak banyak karenah... ini gambag kawan2 rapat kinah... Mengenangkan Kinah menyebabkan aku sayu sekali. Amat payah untuk aku menitiskan air mata walaupun aku terasa begitu sedih. Namun aku mudah teresak2 menangis ketika sebulan Kinah di hospital. Bayangkan gadis periang yang bergambar di atas sebelum terlantar di hospital berubah wajah...seorang berlari2 anak menuju ke bilik pemeriksaan dengan emaknya dengan tiba2 keesokan harinya dimasukkan ke ICU dan setelah itu terus hilang keupayaan. terus tidak mampu melakukan apa2 dengan sendiri...sebulan terlantar begitu dan Kinah terus meninggalkan kami sekeluarga...10.1.13...Kinah balik juga ke rumah kita namun dengan keadaan berbaring dan diusung... Segala2nya telah berakhir...pemergianmu menyebabkan terasa seperti kehilangan sesuatu dalam hidupku...kadang2 apabila hendak memulakan untuk makan nasi terasa seperti tidak semua anak abah hadir...aku cuba mencari..rupa2 kinah yang tiada..aku ingin terus menulis tentang Kinah namun terasa seperti tidak mahu berhenti...air mataku akan terus menitik..Kinah mungkin kita akan bertemu lagi untuk selama2nya..tapi di syurga..

Tuesday, January 25, 2011

2011 ini...

Permulaan tahun ini nampak macam akan menyinar bagiku... rumah sukan yang aku ketua menjuarai sukan merentas desa sekolah...namun segala kemegahan itu seperti tidak beerti setelah aku mendapat tahu tentang komenan pelajar terhadap pengajaran aku..aku mendapat ini dari guru yang seratus peratus percaya kepada aduan pelajar..
segalanya berpunca apabila aku cuba mengambil nama pelajag yang meonteng kelas aku..5 orang ke semuanya..sebenarnya memang ramai lagi yang suka ponteng kelas..namun buat permulaan kepala ponteng yang 5 ini aku dapat kesan di awal tahun..aku cuba menghantar nama kepada guru bengkel mereka agar dapat dinasihat sikit masalah ini..namun apa yang aku perolehi adalah..kritikan pedas dari pelajar terhadap aku..dan guru ini mengambil kesempatan untuk mencari kelemahan aku..cuba bayangkan sekiranya aku tidak menghantar nama kepada mereka? tentu tiada masalah tentang pengajaran aku..wahai guru yang hanya mengajar sekelas setahun..cuba fahami betul2 kata2 pelajar kesayangan hampa tu? adakah subjek yang aku ajar ini telah mereka kuasai sebelum masuk kelas aku..kalau sekadar dapat D dan sedikit sgt yang mendapat C dalam PMR bagaimana nak katakan segalanya bukan berpunca dari diri pelajar itu..kalau pelajar itu suka ponteng kelas, peralatan belajar tak pernah ada, kerja rumah langsung tak diendah apatah lagi latihan tambahan,...tak kan lah kebodohan mereka untuk menguasai ilmu yang aku cuba ajari ini berpunca dari diriku..jangan kita cuba nak mencari kelemahan orang..sepatutnya kita sama2 mencari jalan untuk meningkatkan prestasi mereka..bukan menuding jari ke arah orang...atau kalau rasa hebat sangat cuba buat kelas tambahan ajar depa subjek aku ni..agar mereka akan mendapat keputusan yang lebih baik...buat la tengok..moga2 pengajaran anda tidak menjemukan...kita memang faham masalah pelajar melayu dengan matematik..di mana2 pun sama.. tak kan nak salahkan guru pulak kot..kalau berpunca guru tersebut..tak kan anak murid yang telah berjaya dalam hidup tu orang lain ajag? cuba lah jangan jadi bodoh macam pelajar anda itu....

Monday, January 24, 2011

Tahun Baru 2011

Lama dah aku menyepi diri dari blog aku ni...mungkin hampir 4 bulan...aku mungkin sibuk namun aku ada diri untuk sedih...tidak seperti dulu..sekarang aku rasa amat bosan menjadi seorang guru..rasa pelajag sudah muak mengambil ilmu dariku...bosan menyeliputi setelah menyedari subjek favourite aku sudah tidak diajar lagi...dan sekarang aku hanya mengajar subjek yang aku kira jugak ada amat aku minati ketika dibangku sekolah..buat permulaan tahun aku sudah tidak tenteram dgn rakan sepanitia..kemudian aku rasa tidak selesa dgnpelajag kelas yang aku ajar..berbagai kritikan dari pelajar terhadap mutu pengajaran aku..sebenarnya semua aku tahu adalah kerana ketegasan aku...

Tuesday, October 26, 2010

Periksa Lagi...

Minggu peperiksaan akhir tahun menjelma lagi..hari ini paper pendidikan islam...
Anak2 ku pun menghdapinya juga..sekolah rendah..dan tingkatan sekolah menengah ..aku amat mengharapkan kejayaan mereka semua..begitulah jugak bapa2 yang lain...seperti biasa anak2ku akan mengharapkan aku menyediakan untuk mereka bekalan air yassin tiap2 pagi..hanya itulah yang mampu aku lakukan..berdoa ke hadrat Allah..

Namun dalam kesibukan peperiksaan ini kita juga disibukkan dgn demam selsema..aku juga turut menerima tempiasnya..harap tidak merebak la...

Tuesday, October 12, 2010

emmm

lama dah aku melupakan blog aku ni...nanti la kalau ada masa aku update lain...

Monday, July 26, 2010

Dalam bilik ini...

Bersendirian di bilik pereksa ini..bilik aku..Mat mungkin tak hadir...sejak tadi tiada kelibatnya yang aku lihat..

Aku baru lepas kelas..Baru melepaskan geram kepada pelajarku..sebenarnya aku perlu berbuat begitu..mereka anak2 yang perlu dibetulkan..aku harap sikapku menegur pelajar dengan nada keras tidak diganggu...memang kadang2 pelajar perlu ditegur dengan nada keras...itu perkara biasa...namun jika ada pihak atasan yang mengganggu...segalanya akan rosak...tolong orang atasan..banyak lagi tugas anda yang perlu diselesaikan...

Mungkin pelik jika aku katakan setiap kali ada isu ini...mesti akan aku kaitkan dengan pihak atasan..kerana mereka akan membentuk sistem sekolah ini...kalau mereka gagal membentuk...guru yang cemerlang bertindak...akan mendatangkan masalah kepada mereka...hanya kerana kekurangan fahaman di pihak mereka...mereka yang dipilih untuk jadi orang atas pun...entah apa kriteria...aku khuatir...

Cukuplah aku sudah penat....