~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Tuesday, January 25, 2011

2011 ini...

Permulaan tahun ini nampak macam akan menyinar bagiku... rumah sukan yang aku ketua menjuarai sukan merentas desa sekolah...namun segala kemegahan itu seperti tidak beerti setelah aku mendapat tahu tentang komenan pelajar terhadap pengajaran aku..aku mendapat ini dari guru yang seratus peratus percaya kepada aduan pelajar..
segalanya berpunca apabila aku cuba mengambil nama pelajag yang meonteng kelas aku..5 orang ke semuanya..sebenarnya memang ramai lagi yang suka ponteng kelas..namun buat permulaan kepala ponteng yang 5 ini aku dapat kesan di awal tahun..aku cuba menghantar nama kepada guru bengkel mereka agar dapat dinasihat sikit masalah ini..namun apa yang aku perolehi adalah..kritikan pedas dari pelajar terhadap aku..dan guru ini mengambil kesempatan untuk mencari kelemahan aku..cuba bayangkan sekiranya aku tidak menghantar nama kepada mereka? tentu tiada masalah tentang pengajaran aku..wahai guru yang hanya mengajar sekelas setahun..cuba fahami betul2 kata2 pelajar kesayangan hampa tu? adakah subjek yang aku ajar ini telah mereka kuasai sebelum masuk kelas aku..kalau sekadar dapat D dan sedikit sgt yang mendapat C dalam PMR bagaimana nak katakan segalanya bukan berpunca dari diri pelajar itu..kalau pelajar itu suka ponteng kelas, peralatan belajar tak pernah ada, kerja rumah langsung tak diendah apatah lagi latihan tambahan,...tak kan lah kebodohan mereka untuk menguasai ilmu yang aku cuba ajari ini berpunca dari diriku..jangan kita cuba nak mencari kelemahan orang..sepatutnya kita sama2 mencari jalan untuk meningkatkan prestasi mereka..bukan menuding jari ke arah orang...atau kalau rasa hebat sangat cuba buat kelas tambahan ajar depa subjek aku ni..agar mereka akan mendapat keputusan yang lebih baik...buat la tengok..moga2 pengajaran anda tidak menjemukan...kita memang faham masalah pelajar melayu dengan matematik..di mana2 pun sama.. tak kan nak salahkan guru pulak kot..kalau berpunca guru tersebut..tak kan anak murid yang telah berjaya dalam hidup tu orang lain ajag? cuba lah jangan jadi bodoh macam pelajar anda itu....

Monday, January 24, 2011

Tahun Baru 2011

Lama dah aku menyepi diri dari blog aku ni...mungkin hampir 4 bulan...aku mungkin sibuk namun aku ada diri untuk sedih...tidak seperti dulu..sekarang aku rasa amat bosan menjadi seorang guru..rasa pelajag sudah muak mengambil ilmu dariku...bosan menyeliputi setelah menyedari subjek favourite aku sudah tidak diajar lagi...dan sekarang aku hanya mengajar subjek yang aku kira jugak ada amat aku minati ketika dibangku sekolah..buat permulaan tahun aku sudah tidak tenteram dgn rakan sepanitia..kemudian aku rasa tidak selesa dgnpelajag kelas yang aku ajar..berbagai kritikan dari pelajar terhadap mutu pengajaran aku..sebenarnya semua aku tahu adalah kerana ketegasan aku...