~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Friday, December 18, 2009

1 Hijrah 1401

Hari ini 1 Hijrah. Seperti yang ramai tahu malam tadi Malaysia melepaskan akhir dan awal tahun dengan menonton bolasepak antara Malaysia/Vietnam. Entahlah ok ke tak ok. Aku pun gila menonton juga. Best...
Bolasepak Malaysia sebenarnya bukannya merosot pun kalau tak silap cara pemikirannya. Bagaimana aku nak fahamkan rakyat malaysia aku pun tak tahu. kalaulah sejak dulu tak diimport pemain luar ke dalam liga tempatan, rasanya dah banyak kali dah kita juara piala asean (dulu nama Tiger). Tapi dah nak eksyen sangat buat liga profesional kononnya, negara merosot jauh. Apalah punya fikiran. Model negara mana yang mereka ambil? Yang kedua peminat kononnya patriotik. Mai negara english sokong english. Patriotik mai kot mana. Bila ditanya jawabnya negara kita tak kuat. OOO tunggu kuat baru nak sokong. Apa la punya 27 juta rakyat malaysia. Banyak la aku nak cakap tentang bola ni, nanti la kalau aku rajin...
Hari ini aku dipertemukan dalam fb dengan seorang anak murid lagi(sebenarnya dua). Pelajar ini kerjanya jurutera penerbangan mas. Amboi hebatnya. Inilah perkembangan teknologi yang boleh dimanfaatkan.

Thursday, December 17, 2009

Mengusik jiwa

Hari ini kenduri rumah Kri. Rakan bola aku yang sering bersama aku ke stadium.
Aku dah dapat kesan Fisol dalam fb melalui cari nama esmadey. Susah betoi cari depa ni. Fisol memang ku dah temui, namun wajahnya yang jauh berubah, membuatkan aku keliru dan tak yakin itulah orangnya yang aku cari. Namun wajah Yazid bersama ketamnya memang tak berubah, melalui situlah aku dapat mengesan Fisol. Alhamdulillah. Namun perubahan Fisol bukan setakat wajahnya sahaja tapi jiwanya. Perubahan ini aku rasa cukup besar. Jiwa yang lebih meminati Islam ini amat tak disangka-sangka. Siapakah yang akan menyangka perubahan ini, seorang yang pernah tinggal serumah dengannya akan mengerti apa yang aku maksudkan. Baguslah hang Fisol, bukan setakat berjaya dunia, akhirat juga hang tak tinggalkan. Bersyukurlah.


Dua gambar di sebelah ni adalah gambar orang yang sama. Yang atas tu gambar sekarang dan yang bawah tu adalah gambaq dulu yang aku cukup familiar. Bayangkan perubahan wajah yang cukup besar ini, sapa yang tak keliru? Buat fisol jangan marah sebab aku cuba nak bandingkan secara dekat perbezaan ini. Kalau hang tak suka habag sahaja aku boleh buangkan, aku letakkan kat sini kerana ia amat mengusik jiwa. He he he...

Tuesday, December 15, 2009

Hari Ini

Memang la banyak benda yang menarik berlaku yang tak sempat untuk aku coretkan. Kelmarin kawan lama aku dapat blog ini dan terus contact aku. Alhamdulillah. Nampaknya berkesan jugalah blog ini memeulihkan hubungan kawan-kawan lama. Buat Fisol terima kasih banyak2. Kenangan lama tak kan dapat dilupakan begitu saja kan. Namun tak dapatlah nak dicari dalam facebook. Tolong contact balik no. Mungkin nama dalam facebook tu lain la dari apa yang aku faham.

Sunday, December 06, 2009

Jalan Kuala Lumpur

Esok ingat nak pi KL la, Anak-anak dok kacau nak pi. Nak pi la rasanya. Cuti-cuti ni kan nak buat apa lagi, buat projek habiskan duit la.

Kemarin hari yang sibuk. Dah la malam tu aku sibuk dok berjaga malam KRT, esoknya terpaksa tunggu anakku Kinah buat ujian kemasukan ke sekolah AL MAAD, lepas tu bergegas ke Jeniang untuk makan kenduri. Nasib baik tak terlena tengah jalan.

Sunday, November 29, 2009

Raya Haji

Hari ini raya haji yg ketiga. Dok rumah sahaja. Ada kenduri kat rumah ustaz Khoruddin. Lupa lak jalan ke rumah dia. Nantilah aku tanya Halim kalau dia boleh tolong.

Hari Raya Haji ini seperti biasa aku sembahyang raya di surau kg Padang Pasir, Changlun. Aku memang lama dah dok jadi imam di situ. Walaupun aku duduk di Arau ini pun aku masih mahu pergi ke sana lagi. Maklumlah aku dah biasa sembahyang sana. Tiada orang bijak pandai agama yang mahu sembahyang kat sana. Lagipun penduduk di situ pun bukan teringin sembahyang kat surau tu. Entahlah. Tapi Jemaah ramai juga la. Muda mudi ramai. Yang lelaki berusia samada tidak datang atau ke masjid. Kebetulan ada jemaah tabligh keluar kat situ. Terkejut juga aku. Namun ada sedikit berita sedih. Tiada bilal untuk selawat. Memang aku dah biasa sembahyang jumaat tiada berselawat ni samada di perlis atau di universiti dulu. Tapi bagi penduduk yang kurang fahaman agama mungkin mereka menganggapnya janggal. Ya la janggal tapi kenapa tak belajar dan terus back up sekiranya bilal tiada. Itulah orang kita hanya mahu menjadi pengkritik dan pemerhati. Belajar tak nak. Kalau orang buat silap, macam-macam cerita keluar.

Kelmarin aku kembali lagi ke Taman Sayang bersama isteri untuk menguruskan korban di sana. Best la korban kat sana. Tempat aku juga la katakan. Walaupun aku pindah ke sini ke arau ini aku masih mahu balik beraya di sana. Seronok dan kelihatan ukhwah yang tinggi. Jauh bezanya dengan di sini. Sebanyak empat ekor lembu tumbang. Aku dan isteri lembu yang keempat. Aku tak buat apa pun hanya pegang sikit sahaja. Orang dah ramai dan rajin pulak tu. Bangga aku. Banyak masa dihabiskan dengan bersembang dan makan kuih muih. Sempat juga tengok kereta Cherry Cg Syeidi. Ewah Avanza accident sikit pun tukar terus. Tumpang seronok lah aku. Banyak terima jemputan kenduri.

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya Haji

Esok raya. Apa pun tak sedia lagi, Biarlah. Kali ini kami sekeluarga berya di sini, Di Arau. Rumah kami di Changlun tempat kami selalu menghabiskan masa beraya kami di sewa orang Sabah sebulan. Mereka pun beraya di situ. Namun kami tetap membuat korban raya kali ini. 2 tompok saja. Bolehlah beraya juga di Taman Sayang itu.

Kelmarin anak-anak muridku menghadapi peperiksaan SPM paper kesayanganku Add Math. Aku puas kerana telah memberi sepenuh usaha dan bantuan aku pada mereka. Sehingga malam peperiksaan itupun aku pergi ke sekolah. Bangga aku dapat pergi membantu mereka di saat akhir itu. Sehingga aku terpaksa membatalkan rancangan kami untuk melihat kereta MPV Perodua yang dipamerkan dengan Cikgu Halim yang telah aku gantikan dengan malam tadi.

Buat anak-anak muridku. Itulah yang termampu cikgu hampa berikan. Doa dan harapan disertakan agar anda semua beroleh kejayaan. Setakat ini andalah pelajar Add Math saya yang terakhir. Tahun depan Add Math sudah tidak diajar lagi di sekolah teknik ini. Teknik sudah pun pupus di sekolah teknik. Aduh pedihnya....ramai pelajarku aliran teknik telahpun berjaya dalam hidup. Segalanya akan tinggal sejarah..

Friday, November 13, 2009

Malam ini

Malam ini aku bersendiri. Entah kenapa aku meluahkan isi hatiku kepada pelajarku yang tidak berdosa, Ainin. Apa salahnya. Dia pun tak mengerti. Silap aku.

JUMAAT 13/11/09 2.00 pm

Hari boring di sekolah. Murid-murid seperti tidak memerlukan kami lagi. Mungkin mereka rasa mereka sudah puas bersama kami lagi atau sudah jemu. Mereka hampir dengan periksa SPM mungkin. Ada program Penghalalan Ilmu. Entahlah aku seperti bosan untuk ke sana. Berhadapan dengan hipokrit pelajar, membuatkan aku jemu ke majlis sebegitu.

Sunday, November 08, 2009

MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com

Welcome MySpace Images



MyEm0.Com



1.14 AM. AHAD 8.11.09


Mula bersendiri. Isteri kursus di Langkawi. Anak-anak dah tidur.
Tadi keluargaku sampai. Besar, Dik Ah, Kak Na dan seluruh keluarga mereka. Meriah malam ini. Dengar cerita ada beberapa tempat dinaiki air.

Saturday, November 07, 2009

SAYA ADA BUAT HOMESTAY

Sesiapa yang berminat untuk ke UUM atau kawasan sekitar Changlun sila contact saya 0125542501Welcome MySpace Images
MySpace Comments | MySpace Layouts

Friday, November 06, 2009

Permulaan

Aku masih baru dalam blogger ini. Sorry banyak yang perlu aku pelajari.