RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Friday, January 29, 2010

bilik periksa...

bersendirian di dalam bilik ini seperti rasa tidak bersendirian. teman2 dr anak murid dalam fb cukup mengembirakan. entah la aku la rasa seperti rindu pulak kat fb ni..tadi main ping pong, minum naik bilik pereksa check fb, kalau ikutkan kerja apa yang aku buat untuk kerja makan gaji aku? O kemaskini rekod book. cikgu lain mungkin mengambil masa yang lama untuk siapkan, aku tak sampai setengah jam. kerja yang berkualiti tak perlu masa yang panjang. kalau ketua yang faham tentu tidak tertipu dengan gaya. kadang2 nampak macam rajin. tapi kerja tak siap. ada orang nampak macam tak buat kerja, namun kerjanya siap dan kemas. wakil ketua2 di luar sana renungkanlah hakikat ini..aku tak tahu lah nak buat macam mana untuk menghapuskan persepsi salah masyarakat aku tentang hal ini.. sejak aku di bangku sekolah lagi, sehinggga sekarang masuk bangku sekolah balik, macam tu la salah tanggapan masyarakat aku. orang yang hipokrit sentiasa beruntung...

Wednesday, January 27, 2010

facebook lagiiii...

Bersendirian dalam bilik periksa ini menyebabkan aku x pernah rasa kesorangan. Mengulangkaji dan membaca ruangan facebook sudah menjadi kegilaan aku sejak akhir2 ini. Menemui bekas anak murid di alam maya ini menyebabkan rasa kerinduan hilang la sudah. Boleh kembali bergurau senda. ok la meja ping pong dok panggil tu, nanti sambung semula...

Monday, January 18, 2010

Hari ini lagi...

Ini lah gambar Siti
Yah dan
Din. Pelajar sekolah Tengku Budriah...
Sudah berada di rumah semula setelah keluar menghantar anak ke KAFA, Din, Siti dan Yah. Tadi masa ambil Depa dari sekolah Yah cakap Din nangis. Ala org jantan takkan nak nangis kot. Katanya menunggu Siti lambat sampai.
Sekolah
Berada di sekolah hari ini amat singkat rasanya. Selepas perhimpunan pagi tadi aku bawa Mat, Mail dan Pak Syed keluar minum di stesen keretapi. Makanan di kantin kurang memuaskan dengan harga yg agak tinggi. Sampai saja depan pak guard aku ditahan dan ditanya permit keluar. Ewah macam kilang lak. Namun aku pergi keluar gak apabila Tok smpai memberi arahan apa tah pada Pak Guard. Balik dari makan, aku, pak Syed dan Mat menghabiskan masa sehari di meja ping pong. He he he sampai balik..
Facebook.
Memang tidak dinafikan sekarang aku seperti pencandu facebook. Mengingati anak murid amat mendorong aku sentiasa ke sana. Mungkin ramai anak murid di luar sana tidak mengingati aku malah tidak mengenali aku langsung, walaupun secara directnya akulah salah seorang guru mereka, aku tidak kecewa. Yang aku kecewa sekiranya ada anak murid yang mengingati aku mengenali aku, namun aku tak mampu mengenali dan mengingati mereka. Kalau lah ini terjadi aku harap pelajar ini maafkanlah gurumu yang lalai ini. Mungkin ada rakan2 mengatakan ramai anak murid meminati aku, sebenarnya mereka salah. Akulah seorang guru yang amat memeinati anak murid. Sentiasa dalam pencarian seorang anak mrid yang akan terus mengingati aku, walau ketika belajar dulu dia sebenarnya terlepas dari tumpuan aku. Ini lah anak murid yang paling aku rindui.. Pun sebenarnya lebih dasyat adalah pelajar yang aku tidak mengajar langsung mereka, namun mereka tetap mengingati aku, siapakah guru yang tidak terharu? Cuma aku ingin katakan di sini adalah janganlah lebihkan seseorang pelajar ketika mengajar kerana anda tidak tahu hubungan anda dengannya pada masa depan...
DongengIslam.
Dalam aku sibuk menerima request anak murid yg ingin add aku dalam freind mereka timbul suatu nama dongengislam, seorang atheist. Aku tahu ini lah dakyah manusia yang kecewa dengan Islam. Entahlah mungkin ini suatu ujian untuk aku...
Taman
Aku dah lama tidak ke surau. Sejak peristiwa malam itu. Kalau aku pergi pun hanya untuk urusan ronda malam 2 minggu sekali. Aku kecewa bila mendengar sembahyang subuh sering kali tiada imam. Biarlah aku pun tak mengerti dengan ujian Allah ini...

Monday, January 11, 2010

Hari Ini

Ketika ini aku sedang menunggu isteri masak. Tadi petang sibuk pergi ambik nama anak yang disulam benang. lepas tu pi beli kain tudung kakak warna hijau. Pengawas pusat sumber la katakan. Terjumpa Jamil. Lama dah kami tak bertemu. Katanya baru balik menghantar anaknya mendaftar di sekolah sains. Baguslah dia, anak dapat masuk sekolah berasrama penuh. Tangan lenguh la. Esok lah aku tulis lain.

Sunday, January 10, 2010

Air Tapis

OOO hari ni cuti. Tak buat apa2. Cuma petang ini ada tunggu kedatangan air tapis imtiyaz ke rumah. Takut juga aku orang cerita macam2 tentang air perlis ni. Tapi sebenarnya permulaan cerita adalah si penjual air tapis itu sendiri. Macam2 benda kotor yang ada. he he tektik peniaga. Cuba semua bayangkan berapa kos sebiji alat penapis. Aku rasa tak sampai RM 50.00. Sampai ada yang jual sampai beribu2. Kita lah pewaris semua auta ini.

Sendirian..

Malam ini aku bersendirian. Main chess pun kalah. Sembang chatting dengan Yazid. Kawan lama yang hampir 20 tahun tak jumpa. Bukan suatu masa yang pendek untuk aku ungkapkan kenangan indah bersama. Mengembalikan nostalgia yang tak mungkin berulang. Cukuplah aku letakkan gambarnya di sini sahaja untuk renungan.
Tadi pagi di sekolah aku ada buat kursus kali pertama. Awal tahun ni nampaknya kursus ini dijalankan. Kursus 5S yang aku rasa adalah semata-mata untuk memberi teguran di atas beberapa kelemahan yang ada secara halus.

Tuesday, January 05, 2010

Kenangan masa cuti.

Ketika ini aku bersendirian dalam bilik periksa. Hmm nak buat apa ye?
Aku ingat nak nukilkan kenangan masa cuti di sini, memandangkan aku dah lam tidak updatekan ia.
24.12.2009
Hari penting. Anak sulung aku Maisarah mengambil keputusan PMRnya. Target yang aku letak adalah 9A, tapi dia hanya mampu memperolehi 8A 1B, kira ok la. Rekod bagi keluarga sebelah aku, sebelah emaknya hanya menyamai rekod. Tak pe bagi aku itulah keputusan yang amat baik. Tahniah abah ucapkan. Sebelah petangnya kami bergegas untuk ke kenduri di rumah mentua Ustaz Ishaq, jiran di Taman Sriwang. Tempatnya adalah di kangkong. Pertama kali aku ke sana.

Malam itu kami sekeluarga tidoq di rumah homestay kami di Changlun. Seronok di sana. Jumpa balik kawan2 di sana. Meriah sungguh menyambut kepulanganku, terutamanya teman di surau. Malam itu di surau ada majlis bacaan yassin dan tahlil. Lama dah aku tak mengikuti majlis itu. Di sini di perlis aku tak kan dapat menikmatinya.

Ada berita kurang memuaskan, keretaku terkunci dari dalam. Ada kunci kereta dan kunci rumah di dalam. Alhamdulillah kakak ada menyimpan satu kunci rumah dalam begnya. Namun kunci grill tiada. Siti menyambut dia pernah mencelah di grill. Memang dia ada kelebihan tentang itu si Siti. Esok kita akan lihat sama2.

25.12.2009

Hari ini kenduri rumah cg Anuar. Aku rasa nak pi tolong dia awal pagi namun masalah kunci kereta belum selesai. Pagi2 lagi aku membawa Din dan Siti balik ke Arau. Dengan motor Honda yang tiada ber road tax. Harap2 polis tiada di jalanan. Ya seperti yang dijanjikan Siti dapat menerobos masuk mencelahi grill dan dapat membuka pintu dengan mudah. Alhamdulillah, segala permasalahan selesai. Lepas sembahyang jumaat aku berkesempatan menghadiri kenduri di rumah Cg Anuar. Meriah...

Selepas sembahyang asar,aku berjumpa dengan seorang ahli jemaah. Orang Ghan yang telah masuk Islam 24 tahun. Sekarang tinggal di Kelantan. Penuh dramatik peristiwa itu. Ada dokumen tentang itu yang dia serahkan padaku.

26.12.2009

Pagi2 lagi aku membantu kenduri di Padang Pasir, rumah Mohd. Zain. Menolong orang kampung dan berbicara mesra dengan mereka. Ohh sungguh hebat. Tengah hari aku balik ambil ahli keluarga ke sana. Ada satu keistimewaan aku bila sampai saja akan diumumkan ketibaan Cg Salleh dan keluarga. Dj di sini memang kenai aku. He he rasa bangga dan perasan dihargai.
Lepas tu aku bergegas untuk ke Sungai petani menghadiri kenduri anak muridku Zol Putra berkahwin. Taman Bandar Puteri Jaya, juga pertama kali aku sampai. Ada dua orang anak murid aku temui. Bangga aku.
Seterusnya bergegas ke Penang tidor rumah Besaq. Adik aku. Ada masalah feri jem namun tiada masalah besar sangat. Malam tu aku ke rumah Kecik. Takut kecik hati dia pulak.

27.12.2009

Hari ini kenduri rumah Mat Khairi, anak menakan isteri aku, dia kawen. Seharian sibuk di situ, lepas tu bergegas balik ke rumah di Canglun. Pak Dak Din nak mai. Kami bawa Arif. Suka dia naik kereta aku sejak dulu.

28.12.2009

Pak dak masih lagi di rumah. Pagi2 lg hantar Siti balik ke asrama di Matrikulasi Changlun. Kami bawa mandi di Bukit Ayer, balik tu singgah di rumah di taman sriwang. Lepas tu balik tidor di Changlun.

29.12.2009

Pak Dak nak bergerak balik ke Selangor. Kami sekeluarga nak sibukkan diri mencari keperluan anak2 kembali ke sekolah. Mak dia habis duit banyak.

30.12.2009

Kami kembali ke Arau. Esok Ruhana ada mesyuarat.

31.12.2009

Ruhana bermesyuarat.

1.1.2010.

Selamat tahun baru untuk semua. Anak aku Din mendaftarkan diri untuk menjadi pelajaq darjah satu.
Aku komplen sikit pasai pembayaran tiada beresit. Mana bukti pembayaran. Ada etikakah kita wahai Cikgu sekalian. Aku pun Cg gak.

2.1.2009

Aku pulak bermesyuarat. Pikah pulak mendaftar diri.Kinah ke Tingkatan 1C. Aku hantar pagi2. Mesyuarat aku tiada apa yang menarik. Seperti biasa jer. namun tentang keluaq masuk ada sikit perubahan. Aku membuat pertanyaan. Namun berdebar. Amboi pasai apa bergetar suara aku nih?

3.1.2009

Kakak pergi ke sekolah. Masuk Tingkatan 4. Aliran Sains. Pusing satu Jitra untuk mencari kain Hijaunya namun tiada. Cheh. Leceh betoi.

4.1.2009

Hari pertama persekolahan. Kereta banyak di jalanan. Aku hantar Din hingga ke kelas. 1G. Ada bekas pelajar aku suruh dia tolong2 tengokkan. perhimpunan pagi. Ada gmbar yg diambil khusus untuk pelajar yg lewat.
Petang ada berita sedih. Ayah Cikgu Syeidi meninggal Eksiden.