~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Monday, June 28, 2010

kepenatan yg masih terasa....

Sepatutnya hari ini guru kelas akan berpusu-pusu datang ke sini untuk memasukkan markah..tetapi sehingga saat ini...bilik ni mcm berkabung saja...tak dak org yg menjengah...biarlah...

Hari ni badan ku masih merasai kepenatan mengurus kejohanan ping pong tertutup perlis. kejohanan ini julung kali diadakan setelah agak lama menyepi...harap harap persatuan kali ini akan terus bergerak cergas dgn memasukki era baru...aku mungkin baru dijemput untuk menguruskan sukan ini...alhamdulillah..ada gak peluang aku menyumbang sedikit tenaga untuk memajukan sukan negeri....harap harap aku akan terus bersemangat...orang2 dalam persatuan yang tidak bersemangat dan menyusahkan boleh lah diketepikan...ambil orang orang baru yang tenaga mereka masih kuat...tolonglah demi meningkatkan sukan ping pong negeri perlis yang lama tercorot ini..marilah kita bersatu...

Dalam kejohanan ini aku bertindak sebagai Ketua Pengadil...dan juga sebagai pengurus dan jurulatih sekolah....tugas yang aku lakukan sendirian ini...sungguh memenatkan...dan akibatnya pelajag sekolah aku terkandas di pusingan suku akhir...cikgu Fadzil yang begitu bersemangat sebelum ini sudah pandai memberi alasan untuk tidak menyertai skuad...ala pengalaman yang selalu aku terima...tak pa...akau masih lagi bersemangat...insyaallah Allah akan terus membantu....

Aku terasa puas juga lah dgn kejoahan ini mungkin kerana pengalaman aku yang pertama menjadi ketua pengadil dengan kejohanan yang kurang bantahan...namun kurang puas hati sikit tentang mutu permainan ping pong perlis...sudah lah tarafnya agak rendah namun disiplin dan kaedah permainan belum berubah...servis yang begitu teruk dan sikap peserta yang melenting apabila sesuatu keputusan nak dibuat...entah akan aku cuba untuk memperbaikinya semoga perkara ini akan berterusan baik...

Semoga aku terus bersemangat bersebdirian memperjuangkan sukan ini kerana...Allah tahu kehendak aku...Dia akan mengirim semangat baru untuk ku...aku amat yakin ini...semangat itu sedang datang kini...aku sedang menikmatinya...

Wednesday, June 23, 2010

Lama menyepi...

Minggu ini minggu memasukkan markah peperiksaan. Nampaknya bilik pereksa ini akan dihadiri oleh ramai guru la...aku harap semua guru dapat menyempurnakannya sehingga hujung minggu ini...penting dan akan memudahkan aku untuk memprosesnya kelak..

Aku pulak..mmm masih ada beberapa lagi skrip yang belum siap..aku akan cuba siapkannya juga...insyaallah...

Aku terkenangkan peristiwa masa cuti dulu..indah dan penuh memori..cuti yang padat rasanya bagiku..namun mengembirakan..

Minggu pertama cuti penggal yang lalu aku bertugas ganti dgn cg mat..untuk menjadi urusetia tennis mssm..kebetulan perlis menjadi tuan rumah..mat pulak asyik keluag tabligh ketika cuti...jadi aku volunteer la untuk gantikannya...sementelah jarak vanue ternemen dekat dengan rumah aku...seronok gak tgk kesibukan team berlawan..tahniah perlis kerana menggondol 2 emas..bertemu gak dgn bekas anak muridku yang sekarang menjadi jurulatih Kedah...

Minggu kedua aku terpaksa pulak bertugas sebagai pengadil SUKMA untuk acara ping pong...sukan yang paling aku gemari...he he he pengalaman pertama..banyak lah pengalaman yang mengasyikan di sana..selain dapat berkenalan dengan kenalan baru sempat juga bertemu dgn pelajag lama SMTA iaitu Bazli dan Ramazani...juga dapat menghabiskan masa dgn Yazid teman serumah ketika belajag kat UNIV dulu.. indah dan menarik..

Paling menarik adalah setiap kali ada perlawanan akhir ...aku mesti terlibat sama..sama seperti ketika berada di kl dulu..tapi hanya sekadar skorboard saja la..namun ketika di SUKMA melaka ini sempat jugalah menjadi pembanti umpire yang memusing skorboard di dalam...dan paling menarik adalah ada jugalah gambar aku ke luar TV sebagai tatapan anak isteriku..betapa seronoknya mereka..walaupun masa keluarnya aku tu tak sampai satu saat pun...ceh..

Cukuplah aku rasa sembang tentang sukma tu..minggu depan ada lagi kejohanan tertutup perlis ping pong...aku bertindak sebagai ketua pengadil...malam tadi ada mesyuarat di kedai soon..untuk susun jadual..harap2 kejohanan itu akan berjayalah sebagai tugas aku yang pertama menjadi ketua pengadil...kerja yang merisaukan aku..sekolah ini ada menghantar 2 team...harap2 ada kejayaan la kan..

sebelum aku berhenti aku berharap aku akan tenang hati dan jiwa bermula dari sekarang...Tuhan tolonglah aku...