~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Friday, December 18, 2009

1 Hijrah 1401

Hari ini 1 Hijrah. Seperti yang ramai tahu malam tadi Malaysia melepaskan akhir dan awal tahun dengan menonton bolasepak antara Malaysia/Vietnam. Entahlah ok ke tak ok. Aku pun gila menonton juga. Best...
Bolasepak Malaysia sebenarnya bukannya merosot pun kalau tak silap cara pemikirannya. Bagaimana aku nak fahamkan rakyat malaysia aku pun tak tahu. kalaulah sejak dulu tak diimport pemain luar ke dalam liga tempatan, rasanya dah banyak kali dah kita juara piala asean (dulu nama Tiger). Tapi dah nak eksyen sangat buat liga profesional kononnya, negara merosot jauh. Apalah punya fikiran. Model negara mana yang mereka ambil? Yang kedua peminat kononnya patriotik. Mai negara english sokong english. Patriotik mai kot mana. Bila ditanya jawabnya negara kita tak kuat. OOO tunggu kuat baru nak sokong. Apa la punya 27 juta rakyat malaysia. Banyak la aku nak cakap tentang bola ni, nanti la kalau aku rajin...
Hari ini aku dipertemukan dalam fb dengan seorang anak murid lagi(sebenarnya dua). Pelajar ini kerjanya jurutera penerbangan mas. Amboi hebatnya. Inilah perkembangan teknologi yang boleh dimanfaatkan.

Thursday, December 17, 2009

Mengusik jiwa

Hari ini kenduri rumah Kri. Rakan bola aku yang sering bersama aku ke stadium.
Aku dah dapat kesan Fisol dalam fb melalui cari nama esmadey. Susah betoi cari depa ni. Fisol memang ku dah temui, namun wajahnya yang jauh berubah, membuatkan aku keliru dan tak yakin itulah orangnya yang aku cari. Namun wajah Yazid bersama ketamnya memang tak berubah, melalui situlah aku dapat mengesan Fisol. Alhamdulillah. Namun perubahan Fisol bukan setakat wajahnya sahaja tapi jiwanya. Perubahan ini aku rasa cukup besar. Jiwa yang lebih meminati Islam ini amat tak disangka-sangka. Siapakah yang akan menyangka perubahan ini, seorang yang pernah tinggal serumah dengannya akan mengerti apa yang aku maksudkan. Baguslah hang Fisol, bukan setakat berjaya dunia, akhirat juga hang tak tinggalkan. Bersyukurlah.


Dua gambar di sebelah ni adalah gambar orang yang sama. Yang atas tu gambar sekarang dan yang bawah tu adalah gambaq dulu yang aku cukup familiar. Bayangkan perubahan wajah yang cukup besar ini, sapa yang tak keliru? Buat fisol jangan marah sebab aku cuba nak bandingkan secara dekat perbezaan ini. Kalau hang tak suka habag sahaja aku boleh buangkan, aku letakkan kat sini kerana ia amat mengusik jiwa. He he he...

Tuesday, December 15, 2009

Hari Ini

Memang la banyak benda yang menarik berlaku yang tak sempat untuk aku coretkan. Kelmarin kawan lama aku dapat blog ini dan terus contact aku. Alhamdulillah. Nampaknya berkesan jugalah blog ini memeulihkan hubungan kawan-kawan lama. Buat Fisol terima kasih banyak2. Kenangan lama tak kan dapat dilupakan begitu saja kan. Namun tak dapatlah nak dicari dalam facebook. Tolong contact balik no. Mungkin nama dalam facebook tu lain la dari apa yang aku faham.

Sunday, December 06, 2009

Jalan Kuala Lumpur

Esok ingat nak pi KL la, Anak-anak dok kacau nak pi. Nak pi la rasanya. Cuti-cuti ni kan nak buat apa lagi, buat projek habiskan duit la.

Kemarin hari yang sibuk. Dah la malam tu aku sibuk dok berjaga malam KRT, esoknya terpaksa tunggu anakku Kinah buat ujian kemasukan ke sekolah AL MAAD, lepas tu bergegas ke Jeniang untuk makan kenduri. Nasib baik tak terlena tengah jalan.