RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Monday, April 19, 2010

Minggu yang menarik....

Selama ini aku baru menegerti..jangan mudah tertipu dengan gaya..manusia yang manis dan bersungguh di depan kita..sebenarnya bukan boleh percaya sangat..aku alami sungguh sungguh benda ini...

Kelas 4 PTP.. sebenarnya ingin meraikan penukaran aku ke kelas 4 BB..mereka yang memulakannya..namun kenapa mereka berpura-pura..itu yang aku musykil..ketika aku mula mendapat berita aku ditukarkan ke kelas lain kenapa mereka yang mula2 mengherdik aku mengatakan aku lah yang ingin meninggalkan mereka..kenapa mereka berpura-pura..mungkin mereka mahu aku terasa mereka seperti menyukai aku namun..sebenarnya hati mereka berkata tidak..cheh..

Aku juga perlu muhasabah..manusia tidak semesti menyukai kita..walau di depam kita seperti amat meminati kita..memang kalau ditanya siapakah guru yang anda paling sukai..aku semestinya tidak pernah ragui jawapannya...

Tak apa 4 PTP..aku tidak mengerti mengapa anda sanggup menjadi iblis sebegini..kalau aku ada kuasa ingin aku haramkan segala ilmu aku selama ini kepada anda..aku tidak redha walau sedetik pun ilmu yang ada pada aku kepada mereka..biar mereka rasa betapa aku terasanya permainan buruk dan busuk mereka...betullah seperti kata bekas pelajar aku..semuanya mainan politik berlaka..buanglah aku secara terhormat...jangan menghinakan aku sedemikian rupa...

Tuesday, April 06, 2010

Resah...

Pagi tadi line internet nampaknya ada problem sikit... sekarang yng wayerless nampak elok la..boleh la aku updatekan fb ku...sambil2 main chess online..teringat juga nak habiskan ceritaku pada cuti yg lalu...he he kemarin Baei(adikku) hantag harum manis..

Kisah 2...

Pagi 14.3.10.. bersama roomate (Mr wong) mencari dewan OCM untuk kursus pengadil ping pong...terima kasih kerana sudi menemaniku mencari kedai sarapan halal untuk aku..walaupun agak jauh..kursus ini adalah sebagai persediaan untuk mengambil ujian Pengadil NU keesokan harinya..(NU bermaksud National Umpire)..layakkah aku menjadi pengadil bertaraf kebangsaan ni?

Keseluruhan isi kursus ini dijalankan dalam bhs inggeris..peserta hanya 3 orang saja melayu..dua lagi adalah seorang yang bernama samudin (kelantan) dan Ruhaidah (selangor). Yang lain adalah terdiri dari amoi..he he x best pun..

Penyampai adalah seorang yang begitu strick..bernama Cyril Shen..seorang berbangsa India..Namun segala ilmu ping pong yang aku perolehi amat bernilai..

Banyaklah kenangan semasa berada di sana..Esoknya aku mengambil ujian bertulis..dan sehari selepas itu menjalani praktikal dalam kejohanan sebenar..

Friday, April 02, 2010

Macam-macam...

Lama sudah aku meninggalkan blog ini.. Sibuk..musim peperiksaan dan post musim peperiksaan adalah masa yang sibuk bagiku..aku bukan lah setiausaha peperiksaan atau penyelaras..aku hanya berkhidmat bahagian data peperiksaan..tapi rasanya paling penting..semua penting..penting dari segi kesibukan..kena tunggu di sini dibilik peperiksaan ini selalu..macam-macam kena standby..dari membimbing guru, mengemaskini data, memeriksa, mencetak,...macam2..tapi hari ini agak free..biar la aku menghabiskan waktu sikit di sini..

Kisah 1...

Perjalanan ke kl..13.3.10..Dah lama aku tak naik bas ke kl..duduk sebelah seorang anak gadis bakal guru..orang kelantan..mungkin dia jemu mendengar aku berceloteh..sampai lewat petang ke kl..banyak yang tidak berubah..namun ketika aku menggalas beg dari bank swiss ke hotel malaya tu..walaupun dekat..bahu ku amat prit..bekalan untuk aku duduk situ selama seminggu rasanya amat berat..hotel malaya berada di tengah tengah china town..

Di bilik hotel, roomateku adalah pengadil dari NS..awal sampai..tapi dia x ada di bilik..dgn kunci satu sahaja susah aku nak keluar bilik..cari makan..tapi semasa aku asyik semayang dia sampai...baru balik makan katanya..sorang cina kristian..masih muda..Wong namanya...

Malam tu..jam 9.00 aku meninggalkan Wong bersendirian di bilik..aku amat excited dgn temu janjiku bersama bekas pelajaq ku..Nakhoei berjanji untuk mengambilku di depan Menara Maybank..Aku terpegun dgn Nakhoei..menepati janji..tepat jam 9.00 Nakhoei bertanyaku di mana cg berada..saya sudah sampai..tahniah nakhoei kerana ketepatan janji itu..ditengah2 kesibukan kota..aku bangga sebagai gurumu..

Di Restoran Nelayan aku menemui 4 lagi pelajaq ku..ooo meriahnya..betapa seronoknya aku memeluk mereka tiap seorang..semakin besar perut mereka rupanya..seronoknya berborak sehingga x sedar restoran dah nak tutup..

Lepas itu tu Zamzuri menghantar aku balik..seoronok tengok anak2 murid berebut untuk menghantar aku balik..Opp sebelum tu ingin aku menyebut nama anak2 muridku yang hadir... nakhoei, zamzuri, azizul, sam ezanni, zahran..seronok dan terima kasih..