~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Monday, June 28, 2010

kepenatan yg masih terasa....

Sepatutnya hari ini guru kelas akan berpusu-pusu datang ke sini untuk memasukkan markah..tetapi sehingga saat ini...bilik ni mcm berkabung saja...tak dak org yg menjengah...biarlah...

Hari ni badan ku masih merasai kepenatan mengurus kejohanan ping pong tertutup perlis. kejohanan ini julung kali diadakan setelah agak lama menyepi...harap harap persatuan kali ini akan terus bergerak cergas dgn memasukki era baru...aku mungkin baru dijemput untuk menguruskan sukan ini...alhamdulillah..ada gak peluang aku menyumbang sedikit tenaga untuk memajukan sukan negeri....harap harap aku akan terus bersemangat...orang2 dalam persatuan yang tidak bersemangat dan menyusahkan boleh lah diketepikan...ambil orang orang baru yang tenaga mereka masih kuat...tolonglah demi meningkatkan sukan ping pong negeri perlis yang lama tercorot ini..marilah kita bersatu...

Dalam kejohanan ini aku bertindak sebagai Ketua Pengadil...dan juga sebagai pengurus dan jurulatih sekolah....tugas yang aku lakukan sendirian ini...sungguh memenatkan...dan akibatnya pelajag sekolah aku terkandas di pusingan suku akhir...cikgu Fadzil yang begitu bersemangat sebelum ini sudah pandai memberi alasan untuk tidak menyertai skuad...ala pengalaman yang selalu aku terima...tak pa...akau masih lagi bersemangat...insyaallah Allah akan terus membantu....

Aku terasa puas juga lah dgn kejoahan ini mungkin kerana pengalaman aku yang pertama menjadi ketua pengadil dengan kejohanan yang kurang bantahan...namun kurang puas hati sikit tentang mutu permainan ping pong perlis...sudah lah tarafnya agak rendah namun disiplin dan kaedah permainan belum berubah...servis yang begitu teruk dan sikap peserta yang melenting apabila sesuatu keputusan nak dibuat...entah akan aku cuba untuk memperbaikinya semoga perkara ini akan berterusan baik...

Semoga aku terus bersemangat bersebdirian memperjuangkan sukan ini kerana...Allah tahu kehendak aku...Dia akan mengirim semangat baru untuk ku...aku amat yakin ini...semangat itu sedang datang kini...aku sedang menikmatinya...

No comments:

Post a Comment