~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Sunday, November 29, 2009

Raya Haji

Hari ini raya haji yg ketiga. Dok rumah sahaja. Ada kenduri kat rumah ustaz Khoruddin. Lupa lak jalan ke rumah dia. Nantilah aku tanya Halim kalau dia boleh tolong.

Hari Raya Haji ini seperti biasa aku sembahyang raya di surau kg Padang Pasir, Changlun. Aku memang lama dah dok jadi imam di situ. Walaupun aku duduk di Arau ini pun aku masih mahu pergi ke sana lagi. Maklumlah aku dah biasa sembahyang sana. Tiada orang bijak pandai agama yang mahu sembahyang kat sana. Lagipun penduduk di situ pun bukan teringin sembahyang kat surau tu. Entahlah. Tapi Jemaah ramai juga la. Muda mudi ramai. Yang lelaki berusia samada tidak datang atau ke masjid. Kebetulan ada jemaah tabligh keluar kat situ. Terkejut juga aku. Namun ada sedikit berita sedih. Tiada bilal untuk selawat. Memang aku dah biasa sembahyang jumaat tiada berselawat ni samada di perlis atau di universiti dulu. Tapi bagi penduduk yang kurang fahaman agama mungkin mereka menganggapnya janggal. Ya la janggal tapi kenapa tak belajar dan terus back up sekiranya bilal tiada. Itulah orang kita hanya mahu menjadi pengkritik dan pemerhati. Belajar tak nak. Kalau orang buat silap, macam-macam cerita keluar.

Kelmarin aku kembali lagi ke Taman Sayang bersama isteri untuk menguruskan korban di sana. Best la korban kat sana. Tempat aku juga la katakan. Walaupun aku pindah ke sini ke arau ini aku masih mahu balik beraya di sana. Seronok dan kelihatan ukhwah yang tinggi. Jauh bezanya dengan di sini. Sebanyak empat ekor lembu tumbang. Aku dan isteri lembu yang keempat. Aku tak buat apa pun hanya pegang sikit sahaja. Orang dah ramai dan rajin pulak tu. Bangga aku. Banyak masa dihabiskan dengan bersembang dan makan kuih muih. Sempat juga tengok kereta Cherry Cg Syeidi. Ewah Avanza accident sikit pun tukar terus. Tumpang seronok lah aku. Banyak terima jemputan kenduri.

No comments:

Post a Comment