Esok raya. Apa pun tak sedia lagi, Biarlah. Kali ini kami sekeluarga berya di sini, Di Arau. Rumah kami di Changlun tempat kami selalu menghabiskan masa beraya kami di sewa orang Sabah sebulan. Mereka pun beraya di situ. Namun kami tetap membuat korban raya kali ini. 2 tompok saja. Bolehlah beraya juga di Taman Sayang itu.
Kelmarin anak-anak muridku menghadapi peperiksaan SPM paper kesayanganku Add Math. Aku puas kerana telah memberi sepenuh usaha dan bantuan aku pada mereka. Sehingga malam peperiksaan itupun aku pergi ke sekolah. Bangga aku dapat pergi membantu mereka di saat akhir itu. Sehingga aku terpaksa membatalkan rancangan kami untuk melihat kereta MPV Perodua yang dipamerkan dengan Cikgu Halim yang telah aku gantikan dengan malam tadi.
Buat anak-anak muridku. Itulah yang termampu cikgu hampa berikan. Doa dan harapan disertakan agar anda semua beroleh kejayaan. Setakat ini andalah pelajar Add Math saya yang terakhir. Tahun depan Add Math sudah tidak diajar lagi di sekolah teknik ini. Teknik sudah pun pupus di sekolah teknik. Aduh pedihnya....ramai pelajarku aliran teknik telahpun berjaya dalam hidup. Segalanya akan tinggal sejarah..
Trial SPM 2012
-
Salam Sejahtera, Salam Melaka Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau
Saya dapati telah banyak usaha-usaha murni pihak-pohak lain dalam memberi
anak ...
12 years ago
Kalau sesiapa melewati blog ini. Berikan komen anda tentang kepupusan teknik ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu..
ReplyDeletesmta dah tak dak ka tahun depan? apa sudah jadi?
ya smta sudah menjadi SMVA...
ReplyDelete