~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Thursday, December 17, 2009

Mengusik jiwa

Hari ini kenduri rumah Kri. Rakan bola aku yang sering bersama aku ke stadium.
Aku dah dapat kesan Fisol dalam fb melalui cari nama esmadey. Susah betoi cari depa ni. Fisol memang ku dah temui, namun wajahnya yang jauh berubah, membuatkan aku keliru dan tak yakin itulah orangnya yang aku cari. Namun wajah Yazid bersama ketamnya memang tak berubah, melalui situlah aku dapat mengesan Fisol. Alhamdulillah. Namun perubahan Fisol bukan setakat wajahnya sahaja tapi jiwanya. Perubahan ini aku rasa cukup besar. Jiwa yang lebih meminati Islam ini amat tak disangka-sangka. Siapakah yang akan menyangka perubahan ini, seorang yang pernah tinggal serumah dengannya akan mengerti apa yang aku maksudkan. Baguslah hang Fisol, bukan setakat berjaya dunia, akhirat juga hang tak tinggalkan. Bersyukurlah.


Dua gambar di sebelah ni adalah gambar orang yang sama. Yang atas tu gambar sekarang dan yang bawah tu adalah gambaq dulu yang aku cukup familiar. Bayangkan perubahan wajah yang cukup besar ini, sapa yang tak keliru? Buat fisol jangan marah sebab aku cuba nak bandingkan secara dekat perbezaan ini. Kalau hang tak suka habag sahaja aku boleh buangkan, aku letakkan kat sini kerana ia amat mengusik jiwa. He he he...

No comments:

Post a Comment