RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Friday, December 18, 2009

1 Hijrah 1401

Hari ini 1 Hijrah. Seperti yang ramai tahu malam tadi Malaysia melepaskan akhir dan awal tahun dengan menonton bolasepak antara Malaysia/Vietnam. Entahlah ok ke tak ok. Aku pun gila menonton juga. Best...
Bolasepak Malaysia sebenarnya bukannya merosot pun kalau tak silap cara pemikirannya. Bagaimana aku nak fahamkan rakyat malaysia aku pun tak tahu. kalaulah sejak dulu tak diimport pemain luar ke dalam liga tempatan, rasanya dah banyak kali dah kita juara piala asean (dulu nama Tiger). Tapi dah nak eksyen sangat buat liga profesional kononnya, negara merosot jauh. Apalah punya fikiran. Model negara mana yang mereka ambil? Yang kedua peminat kononnya patriotik. Mai negara english sokong english. Patriotik mai kot mana. Bila ditanya jawabnya negara kita tak kuat. OOO tunggu kuat baru nak sokong. Apa la punya 27 juta rakyat malaysia. Banyak la aku nak cakap tentang bola ni, nanti la kalau aku rajin...
Hari ini aku dipertemukan dalam fb dengan seorang anak murid lagi(sebenarnya dua). Pelajar ini kerjanya jurutera penerbangan mas. Amboi hebatnya. Inilah perkembangan teknologi yang boleh dimanfaatkan.

No comments:

Post a Comment