RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Thursday, July 01, 2010

Tugasku terus begitu....

Siapa peduli tentang aku. Hari ini ada beberapa guru datang memproses markah kelas masing-masing. Namun tidak begitu ramai. walaupun tarikh akhir sudah 2 hari luput. Tindakan aku mengucapkan tahniah ke atas guru kelas yang berjaya memproses markah tepat pada waktunya amat berkesan dgn niatku untuk mendidik. Mungkin kalau sebelum ini aku mendedahkan guru yang gagal membuat demikian sekarang apa salahnya aku menukar strategi dengan memuji guru yang baik pulak.

Kiriman di atas dah lama aku tulis....

Aku dah cuba banyak kali menulis ini...namun tak kesampaian..kesibukan memaksa semua ini tergendala...hari ini aku cuba jugalah...harap2 akan sampai ke penamatnya..

Pagi2 lagi aku disapa oleh 2 orang pelajar pompuan dari kelas yang aku ajar. Menawarkan diri sekiranya aku ada apa2 untuk ditolongi..Aku pada mulanya seperti tidak mahu melayan namun setelah melihat meja aku berselerakan aku jemput juga mereka masuk megemas meja...melalui cg mat yang kebetulan ingin keluar bersarapan. Berborak dengan mereka setelah sedikit kerja dilakukan. Sehinggalah pengumuman menjemput semua pelajar ke dewan.

Tinggallah aku bersendirian. Mat tak balik lagi..mungkin susah untuk aku temuinya hari ini. Aku sudahpun bersedia barang ping pong sekiranya dia berhajat. Hari2 sebegini sekolah aku seperti pesta. Memang sudah menjadi tradisi..sejak aku aku datang sehingga hari ini macam inilah.aku kurang pasti sekolah lain..namun bagi sekolah ini sekiranya ada pesta utama akan terbengkalailah operasi pembelajaran selama sekurang2nya seminggu. Esok Hari Kecemerlangan Sekolah.

Hari Kecemerlangan Sekolah adalah acara tahunan sekolah. Seperti biasa guru2 dibahagikan kerja masing2. Aku tahun ini ditugaskan untuk menjadi AJK pemilihan penerima hadiah. Mengikut dari susunan nama aku rasa nama aku diselitkan dibahagian terakhir hanya semata2 kerana mudah untuk mendapatkan nama pelajar yang cemerlang dlm konteks akademik. Aku menguruskan semua ini. kalau orang lain pegang pun tentu mereka akan merujuki aku.

Bagi aku kerja ini mudah. Aku boleh uruskan dalam masa yang pantas. Dan memangpun urusan ini diselelsaikan dengan pantas. Namun di sebalik ini ada jugalah beberapa perkara yang timbul...ada guru yang kurang puas hati kerana pelajar kelasnya tidak mendapat hadiah terbaik mata pelajar telah cuba merubahnya sendiri.. aku cuba membantah..namun dia mendakwa telah berbincang dgn PK 1 dan ketua jawatankuasa aku...dan mereka pun setuju...dan setelah aku selidiki..memang mereka bersetuju...

Pelik juga...aku cuba berbincang dan aku cuba berhujah dan hujah aku nampaknya diterima oleh semua guru yang mendengar...cuba bayangkan matapelajaran yang hanya ada 2 kelas pun mahu kedua2 kelas...apa jadi kalau matapelajaran yang ada 7 kelas...seperti semua matapelajaran akademik..terbaik matapelajaran..bermaksud terbaik matapelajaran berkenaan untuk seluruh sekolah...bukan untuk kelas itu sahaja...tak kiralah berapa kelas yang dia ada...di sini siapakah yang Jahil...mungkin ada yang mendakwa secara mudah guru tadi..namun pada aku...PK1 dan ketua AJK akulah...kurang faham atau tak faham kriteria..ini yang masalah kalau mempunyai ketua sejahil ini..namun siapa yang peduli..aku hanya insan kerdil..kelihatan degil dan bermasalah hanya kerana fakta aku yang gagal mereka patahkan kerana kejahilan walaupun hairaki jawatan yang tinggi..

Satu lagi masalah yang timbul adalah kerana senarai nama penerima hadiah tidak selari di antara guru kelas dengan nama yang aku senaraikan. Hajat aku kelmarin untuk bersarapan di luar dengan cg shafizal tersentot...setelah menerima panggilan telefon atas masalah ini... setelah diteliti aku rasa guru ini mungkin ada kesilapan sikit dalam memeproses markah kelas...namun aku tidak dedahkan padanya..aku berkata padanya dgn baik dgn tidak menyalahkannya...dia terasa kesalahan kerana bertindak awal memproses markah...sebenarnya aku tidak tahu pun yang beliau telahpun memproses markah...dan akhirnya inilah yang terjadi..

Bahagian pemilihan menimbulkan banyak keraguan setelah senarai penerima hadiah diserahkan...pihak atasan mudah saja meminda dan menukarnya sesuka hati dengan menambah kriteria baru sekiranya perlu...sesuai dengan calon yang mereka suka...di manakah kridibiliti kami sebagai AJK pemilihan...wahai orang atas yang Jahil..kalau pandai2 nak pinda dengan tak tau cara...lain kali lu olang la buat sendili...buat apa suluh kita olang...lu ingat cara lu tu betul ka...kebodohan manusia terserlah setelah tindakannya yang betul2 menggambarkannya...mudahkan...

Mungkin ramai orang yakin di sini...ada seorang guru yang payah berbicara..susah nak nak diajak berbincang,...akulah orang itu..aku tak kisah kalau sesiapa nak kata apa pun..tapi buktikan dulu apa yang susah sangat nak ajak berbincang tu..kalau ada point..tentu mudah..tapi kalau nak hentam keromo saja..tentu payah...undang2 dibuat dan dipinda seperti makan kacang saja...anak kucing pun payah ajak berbincang...fikir-fikirkanlah...akukah yang BODOH....

No comments:

Post a Comment