~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya Haji

Esok raya. Apa pun tak sedia lagi, Biarlah. Kali ini kami sekeluarga berya di sini, Di Arau. Rumah kami di Changlun tempat kami selalu menghabiskan masa beraya kami di sewa orang Sabah sebulan. Mereka pun beraya di situ. Namun kami tetap membuat korban raya kali ini. 2 tompok saja. Bolehlah beraya juga di Taman Sayang itu.

Kelmarin anak-anak muridku menghadapi peperiksaan SPM paper kesayanganku Add Math. Aku puas kerana telah memberi sepenuh usaha dan bantuan aku pada mereka. Sehingga malam peperiksaan itupun aku pergi ke sekolah. Bangga aku dapat pergi membantu mereka di saat akhir itu. Sehingga aku terpaksa membatalkan rancangan kami untuk melihat kereta MPV Perodua yang dipamerkan dengan Cikgu Halim yang telah aku gantikan dengan malam tadi.

Buat anak-anak muridku. Itulah yang termampu cikgu hampa berikan. Doa dan harapan disertakan agar anda semua beroleh kejayaan. Setakat ini andalah pelajar Add Math saya yang terakhir. Tahun depan Add Math sudah tidak diajar lagi di sekolah teknik ini. Teknik sudah pun pupus di sekolah teknik. Aduh pedihnya....ramai pelajarku aliran teknik telahpun berjaya dalam hidup. Segalanya akan tinggal sejarah..

3 comments:

  1. Kalau sesiapa melewati blog ini. Berikan komen anda tentang kepupusan teknik ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu..
    smta dah tak dak ka tahun depan? apa sudah jadi?

    ReplyDelete