~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Tuesday, January 05, 2010

Kenangan masa cuti.

Ketika ini aku bersendirian dalam bilik periksa. Hmm nak buat apa ye?
Aku ingat nak nukilkan kenangan masa cuti di sini, memandangkan aku dah lam tidak updatekan ia.
24.12.2009
Hari penting. Anak sulung aku Maisarah mengambil keputusan PMRnya. Target yang aku letak adalah 9A, tapi dia hanya mampu memperolehi 8A 1B, kira ok la. Rekod bagi keluarga sebelah aku, sebelah emaknya hanya menyamai rekod. Tak pe bagi aku itulah keputusan yang amat baik. Tahniah abah ucapkan. Sebelah petangnya kami bergegas untuk ke kenduri di rumah mentua Ustaz Ishaq, jiran di Taman Sriwang. Tempatnya adalah di kangkong. Pertama kali aku ke sana.

Malam itu kami sekeluarga tidoq di rumah homestay kami di Changlun. Seronok di sana. Jumpa balik kawan2 di sana. Meriah sungguh menyambut kepulanganku, terutamanya teman di surau. Malam itu di surau ada majlis bacaan yassin dan tahlil. Lama dah aku tak mengikuti majlis itu. Di sini di perlis aku tak kan dapat menikmatinya.

Ada berita kurang memuaskan, keretaku terkunci dari dalam. Ada kunci kereta dan kunci rumah di dalam. Alhamdulillah kakak ada menyimpan satu kunci rumah dalam begnya. Namun kunci grill tiada. Siti menyambut dia pernah mencelah di grill. Memang dia ada kelebihan tentang itu si Siti. Esok kita akan lihat sama2.

25.12.2009

Hari ini kenduri rumah cg Anuar. Aku rasa nak pi tolong dia awal pagi namun masalah kunci kereta belum selesai. Pagi2 lagi aku membawa Din dan Siti balik ke Arau. Dengan motor Honda yang tiada ber road tax. Harap2 polis tiada di jalanan. Ya seperti yang dijanjikan Siti dapat menerobos masuk mencelahi grill dan dapat membuka pintu dengan mudah. Alhamdulillah, segala permasalahan selesai. Lepas sembahyang jumaat aku berkesempatan menghadiri kenduri di rumah Cg Anuar. Meriah...

Selepas sembahyang asar,aku berjumpa dengan seorang ahli jemaah. Orang Ghan yang telah masuk Islam 24 tahun. Sekarang tinggal di Kelantan. Penuh dramatik peristiwa itu. Ada dokumen tentang itu yang dia serahkan padaku.

26.12.2009

Pagi2 lagi aku membantu kenduri di Padang Pasir, rumah Mohd. Zain. Menolong orang kampung dan berbicara mesra dengan mereka. Ohh sungguh hebat. Tengah hari aku balik ambil ahli keluarga ke sana. Ada satu keistimewaan aku bila sampai saja akan diumumkan ketibaan Cg Salleh dan keluarga. Dj di sini memang kenai aku. He he rasa bangga dan perasan dihargai.
Lepas tu aku bergegas untuk ke Sungai petani menghadiri kenduri anak muridku Zol Putra berkahwin. Taman Bandar Puteri Jaya, juga pertama kali aku sampai. Ada dua orang anak murid aku temui. Bangga aku.
Seterusnya bergegas ke Penang tidor rumah Besaq. Adik aku. Ada masalah feri jem namun tiada masalah besar sangat. Malam tu aku ke rumah Kecik. Takut kecik hati dia pulak.

27.12.2009

Hari ini kenduri rumah Mat Khairi, anak menakan isteri aku, dia kawen. Seharian sibuk di situ, lepas tu bergegas balik ke rumah di Canglun. Pak Dak Din nak mai. Kami bawa Arif. Suka dia naik kereta aku sejak dulu.

28.12.2009

Pak dak masih lagi di rumah. Pagi2 lg hantar Siti balik ke asrama di Matrikulasi Changlun. Kami bawa mandi di Bukit Ayer, balik tu singgah di rumah di taman sriwang. Lepas tu balik tidor di Changlun.

29.12.2009

Pak Dak nak bergerak balik ke Selangor. Kami sekeluarga nak sibukkan diri mencari keperluan anak2 kembali ke sekolah. Mak dia habis duit banyak.

30.12.2009

Kami kembali ke Arau. Esok Ruhana ada mesyuarat.

31.12.2009

Ruhana bermesyuarat.

1.1.2010.

Selamat tahun baru untuk semua. Anak aku Din mendaftarkan diri untuk menjadi pelajaq darjah satu.
Aku komplen sikit pasai pembayaran tiada beresit. Mana bukti pembayaran. Ada etikakah kita wahai Cikgu sekalian. Aku pun Cg gak.

2.1.2009

Aku pulak bermesyuarat. Pikah pulak mendaftar diri.Kinah ke Tingkatan 1C. Aku hantar pagi2. Mesyuarat aku tiada apa yang menarik. Seperti biasa jer. namun tentang keluaq masuk ada sikit perubahan. Aku membuat pertanyaan. Namun berdebar. Amboi pasai apa bergetar suara aku nih?

3.1.2009

Kakak pergi ke sekolah. Masuk Tingkatan 4. Aliran Sains. Pusing satu Jitra untuk mencari kain Hijaunya namun tiada. Cheh. Leceh betoi.

4.1.2009

Hari pertama persekolahan. Kereta banyak di jalanan. Aku hantar Din hingga ke kelas. 1G. Ada bekas pelajar aku suruh dia tolong2 tengokkan. perhimpunan pagi. Ada gmbar yg diambil khusus untuk pelajar yg lewat.
Petang ada berita sedih. Ayah Cikgu Syeidi meninggal Eksiden.

No comments:

Post a Comment