~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Monday, January 18, 2010

Hari ini lagi...

Ini lah gambar Siti
Yah dan
Din. Pelajar sekolah Tengku Budriah...
Sudah berada di rumah semula setelah keluar menghantar anak ke KAFA, Din, Siti dan Yah. Tadi masa ambil Depa dari sekolah Yah cakap Din nangis. Ala org jantan takkan nak nangis kot. Katanya menunggu Siti lambat sampai.
Sekolah
Berada di sekolah hari ini amat singkat rasanya. Selepas perhimpunan pagi tadi aku bawa Mat, Mail dan Pak Syed keluar minum di stesen keretapi. Makanan di kantin kurang memuaskan dengan harga yg agak tinggi. Sampai saja depan pak guard aku ditahan dan ditanya permit keluar. Ewah macam kilang lak. Namun aku pergi keluar gak apabila Tok smpai memberi arahan apa tah pada Pak Guard. Balik dari makan, aku, pak Syed dan Mat menghabiskan masa sehari di meja ping pong. He he he sampai balik..
Facebook.
Memang tidak dinafikan sekarang aku seperti pencandu facebook. Mengingati anak murid amat mendorong aku sentiasa ke sana. Mungkin ramai anak murid di luar sana tidak mengingati aku malah tidak mengenali aku langsung, walaupun secara directnya akulah salah seorang guru mereka, aku tidak kecewa. Yang aku kecewa sekiranya ada anak murid yang mengingati aku mengenali aku, namun aku tak mampu mengenali dan mengingati mereka. Kalau lah ini terjadi aku harap pelajar ini maafkanlah gurumu yang lalai ini. Mungkin ada rakan2 mengatakan ramai anak murid meminati aku, sebenarnya mereka salah. Akulah seorang guru yang amat memeinati anak murid. Sentiasa dalam pencarian seorang anak mrid yang akan terus mengingati aku, walau ketika belajar dulu dia sebenarnya terlepas dari tumpuan aku. Ini lah anak murid yang paling aku rindui.. Pun sebenarnya lebih dasyat adalah pelajar yang aku tidak mengajar langsung mereka, namun mereka tetap mengingati aku, siapakah guru yang tidak terharu? Cuma aku ingin katakan di sini adalah janganlah lebihkan seseorang pelajar ketika mengajar kerana anda tidak tahu hubungan anda dengannya pada masa depan...
DongengIslam.
Dalam aku sibuk menerima request anak murid yg ingin add aku dalam freind mereka timbul suatu nama dongengislam, seorang atheist. Aku tahu ini lah dakyah manusia yang kecewa dengan Islam. Entahlah mungkin ini suatu ujian untuk aku...
Taman
Aku dah lama tidak ke surau. Sejak peristiwa malam itu. Kalau aku pergi pun hanya untuk urusan ronda malam 2 minggu sekali. Aku kecewa bila mendengar sembahyang subuh sering kali tiada imam. Biarlah aku pun tak mengerti dengan ujian Allah ini...

No comments:

Post a Comment