~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Friday, April 02, 2010

Macam-macam...

Lama sudah aku meninggalkan blog ini.. Sibuk..musim peperiksaan dan post musim peperiksaan adalah masa yang sibuk bagiku..aku bukan lah setiausaha peperiksaan atau penyelaras..aku hanya berkhidmat bahagian data peperiksaan..tapi rasanya paling penting..semua penting..penting dari segi kesibukan..kena tunggu di sini dibilik peperiksaan ini selalu..macam-macam kena standby..dari membimbing guru, mengemaskini data, memeriksa, mencetak,...macam2..tapi hari ini agak free..biar la aku menghabiskan waktu sikit di sini..

Kisah 1...

Perjalanan ke kl..13.3.10..Dah lama aku tak naik bas ke kl..duduk sebelah seorang anak gadis bakal guru..orang kelantan..mungkin dia jemu mendengar aku berceloteh..sampai lewat petang ke kl..banyak yang tidak berubah..namun ketika aku menggalas beg dari bank swiss ke hotel malaya tu..walaupun dekat..bahu ku amat prit..bekalan untuk aku duduk situ selama seminggu rasanya amat berat..hotel malaya berada di tengah tengah china town..

Di bilik hotel, roomateku adalah pengadil dari NS..awal sampai..tapi dia x ada di bilik..dgn kunci satu sahaja susah aku nak keluar bilik..cari makan..tapi semasa aku asyik semayang dia sampai...baru balik makan katanya..sorang cina kristian..masih muda..Wong namanya...

Malam tu..jam 9.00 aku meninggalkan Wong bersendirian di bilik..aku amat excited dgn temu janjiku bersama bekas pelajaq ku..Nakhoei berjanji untuk mengambilku di depan Menara Maybank..Aku terpegun dgn Nakhoei..menepati janji..tepat jam 9.00 Nakhoei bertanyaku di mana cg berada..saya sudah sampai..tahniah nakhoei kerana ketepatan janji itu..ditengah2 kesibukan kota..aku bangga sebagai gurumu..

Di Restoran Nelayan aku menemui 4 lagi pelajaq ku..ooo meriahnya..betapa seronoknya aku memeluk mereka tiap seorang..semakin besar perut mereka rupanya..seronoknya berborak sehingga x sedar restoran dah nak tutup..

Lepas itu tu Zamzuri menghantar aku balik..seoronok tengok anak2 murid berebut untuk menghantar aku balik..Opp sebelum tu ingin aku menyebut nama anak2 muridku yang hadir... nakhoei, zamzuri, azizul, sam ezanni, zahran..seronok dan terima kasih..

No comments:

Post a Comment