~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Thursday, February 11, 2010

Egoisme...

Hari ini entah apa-apa sekolah ini ada aktiviti perjumpaan rumah sukan, dan lepas tu perjumpaan badan beruniform. Kelas rasanya semua seperti dibatalkan.. macam mana ni sukan merangsang akademik ke atau mengganggu akademik...biarlah aku menulis sesuatu di dalam ruangan ini, terisilah sikit masa ku rasanya...

Ping pong...

Sekarang aku sedang menunggu cikgu mat untuk datang bermain ping pong. dia kata dia nak mai. suruh akuk tunggu dalam bilik ini. aku tak percaya la dia akan sampai seperti yang dijanjikan. walaupun janggutnya agak panjang namun janjinya sukar dipercayai..
bercakap tentang ping pong ini sebenarnya salah aku juga, kenapakah aku memberi kemenangan pada mereka sebelum ini.. itu kesilapan besar aku sebenarnya, kalaulah aku membantai mereka ketika bermain sebelum ini tentu hari ini bukan aku yang mengajak mereka, mereka yang akan mengajak aku..jadi hati2 selepas ini kalau aku terpaksa membantai mereka, he he he..terpaksa apa boleh buat..

Minggu ini, aku agak sibuk dengan ping pong pelajar sebenarnya. Sejak Jumaat malam hingga petang ahad, hidupku hanya di dewan ping pong..seramai 5 orang pelajar sekolah aku mengikuti proses pemilihan pemain untuk mewakili perlis dalam kejohanan remaja di selangor.. hsilnya dua pelajar terpilih, aku dan cg fadzil rasanya akan juga pergi ke sana. dan hari isnin menurut cg fadzil ada dua lagi pelajar akan mewakili perlis ke kejohanan anak2 yatim di terengganu..beruntung cg fadzil yang disebut pengetua di perhimpunan, cg salleh he he he tak perlu semua itu..dulu ketika aku galak bercerita kat pengetua tentang kehebatan ping pong langsung tidak diendahkannya, tak pa pengetua sekalian anda jadi pengetua rasanya tak pernah merasa penat jerih melatih seperti apa yang aku buat, anda hanya tahu berfikir... bilakah aku nak naik pangkat dan bagaimanakah caranya..ujian untuk aku juga tu, rasanya sampai kiamat aku tidak akan menjadi pengetua kenapa? kerana aku hanya perlu merasai penat jerih bersama pelajar dan tiada masa untuk berfikir seperti mereka.. he he he..

Kematian dan kemalangan...

Hanya sebelum ini beberapa hari aku dikejutkan dengan kemalangan dan kematian ayah sahabatku cikgu syeidi.. kelmarin dulu datang pula berita ayah anak muridku pula mengalami nasib yang sama..entahlah.. keduanya aku sempat menziarahi.. ayah cikgu syeidi adalah kenalan rapat denganku. malah aku terlebih dulu mengenalinya sebelum aku mengenali cg syeidi. dia meninggal di hospital akibat hentakan kuat dikepala yang mengakibatkan kerosakan bahagian dalaman kepalanya..manakala ayah zamzuri meninggal di tempat kejadian akibat langgar belakang..pecah hatinya akibat cucukan tulang rusuk..zamzuri anak murid yang sering menemuiku ketika belajar dulu memelukku ketika aku sampai di rumahnya..ayahnya tidak ku kenali..takziah diucapkan..

Pertukaran Guru

Seperti guruh melanda. Tiba2 rakyat sekolah aku terkedu. Minggu ini 5 orang guru telah mendaftar di sekolah baru. Ditukarkan. Katanya ramai lagi yang menyusul. Halim adalah kenalan paling lama aku di sini. Dia ditukarkan, Memaklumkan kepada aku awal2 lagi. Rasanya di antara orang yang paling awal tahu. Ketika berada di sana pun aku yang mendapat mesej darinya menceritakan pengalaman pertama dia di sana. Itulah sebabnya aku terasa kehilangan dia. Yang lain aku tak kisah sangat. Aku dan guru2 lain sedang dalam perhatian. Berbagai spekulasi melanda.. apa aku kisah.. mungkin anak2..

No comments:

Post a Comment