~~~AhLaN WaSaHLaN~~~

RUMAH DI CHANGLUN

RUMAH DI CHANGLUN
CONTACT 0125542501

Tuesday, February 23, 2010

Kenangan itu..

Memang kalau ada anak muridku mengatakan aku sudah gila facebook, aku takkan menyangkalnya.. memang aku sudah ketagih ni...

Semalam ketika aku mendapat emel dari seorang wanita yang memanggilku abang...aku rasa ini lain dari yang lain.. selalunya aku mendapat panggilan cikgu..tentu dari anak muridku.. he he he

Apabila dia menceritakan serba sedikit tentang dirinya, barulah aku yakin bahawa dia adalah lain dari yang lain.. bersyukur juga aku, betapa kerinduan berpanjangan kini akan berterusan dengan aktifnya aku di fb ni..

Azlan Syah... Entah mengapa setelah habis belajar kita di universiti dulu kita tidak pernah berjumpa. Hanya sekali kita bertemu, itupun hanya sekadar sepintas lalu..di damansara ketika aku dan adik beradik lelakiku bersama untuk merayu sesuatu untuk adikku.. juga seorang guru.. kau bersama isteri dan dua anak kecilmu...aku hanya sempat menyapa.. 'dia dah tak komplen lagi ka?' pada isterimu..hanya senyuman di bibirmu..itu yang aku ingat...lepas itu kita tak bertemu lagi, mungkin disebabkan tiadanya walau sedikit kemewahan handphone..hinggalah petang itu..petang isnin itu..ketika bersendirian di rumah aku menerima emel dari isterimu...antara isinya amat memilukan..'dia telah kembali ke rahmatullah'.. berita yang terus mengocak fikiranku..ahh inikah suratan..terimbau kenangan bersamamu..kuharap isterimu merestui penulisan aku ini..kerana aku telahpun memberitahunya sebelum aku menulis ini...berita pemergianmu begitu memilukanku seperti aku menerima berita pemergian Azmer kawan kita..satu jabatan dengan kita..juga kawan baikku..azmer juga telah pergi dalam keadaan pilu..aku mahu beritahumu berita itu..azlan..namun kau juga menuruti jejak Azmer..meninggalkanku..ohh baru aku sedar nama kau dan dan dia ada persamaan..bermula dengan AZ...ah..

Banyak yang terkenangkan aku bersama Azlan.. seorang yang amat takutkan cicak..mungkin ini hanya gurauan..suatu hari ketika dia memanjat kerusi mencari barang di atas almari..dia bertanya ku ada tak cicak..kerana dia takut akan cicak..aku seperti tidak percaya..cheh lelaki mana takutkan cicak..lawak la..namun ketika aku sedang bermain dengan getah gelung..secara tak sengaja aku membedil ke atas dan jatuh di atas tangan.. dia menjerit..ahh lawak la..jeritannya itu..sehingga baru aku tahu betapa takutnya dia akan cicak..akukah pelawak itu atau peristiwa itu amat lawak.. maafkanlah aku Azlan..

Dari tahun satu ketika aku berjalan ke bilik tv ada satu lembaga hitam besar menahanku..alamak apa ni? Banyak masalah la.. dan sejak itu akulah tempat dia meluahkan masalahnya..he he namaku waktu itu dia belum tahu..kerana seperti kata isterinya dia individualistik..aku tipu namaku sebenarnya..bermula masalahnya ialah apabila dia menemui pensyarah berceritakan masalahnya..dia diberitahu..carilah mak we..bermula hari itu bermula la masalah baru baginya..mencari makwe..he he masalah lama tak selesai..masalah baru bermula...begitu juga dengan masalah rokok untuk berhenti rokok dia mengambil sikap mengganti dengan minum kopi.. he he suatu hari dia menemuiku.. menceritakan kopi pun karut gak..ketagih gak.. mahal pulak tu..kembali lah kepada rokok.. he he x selesai la pulak..

Dia sebenarnya berasal dari agama Hindu.. dan dalam aku kenal dia dia tidak pernah mahu menerima Islam..cadangan aku ditolak mentah2..aku x berani berhujah dengan orang sedarah seperti dia..dia berethnik Ceylon..banyak idea sangat..Agama yang paling diminatinya adalah kristian protestan..he he..malam itu ketika aku bersamanya dikerumuni oleh ramai orang Islam berbahas tentang agama dengannya..dia berada di tengah2..kami mengelilinginya..termasuk dua orang yang baru memeluk Islam..segala hujah kawan2 ditolaknya juga..kerana maklumat yang dia dapat dari Bible..dalam berhujah dia tidak pernah mengaku kalah..tahniah buatnya walau aku tidak menyebelahi..dia faham..malam berkesudahan tanpa jawapan..dan lama setelah itu..setelah semester baru bermula aku disapa salam oleh seorang yang seperti mahu memberitahuku secara teruja sesuatu.. namun bila aku toleh ke belakang..aku terkejut dan aku tidak menjawab..'aku faham' katanya sambil senyum..'sekarang aku sudah Islam' Alhamdulillah..banyak lagi la cerita tentang ini berkenaan dengannya ini..contohnya ada kawan yang menjawab waalikumusaleh..macam2 la..seharian aku asyik mendengar kisahnya bagaimana dia memeluk Islam..panjangnya cerita...

Paling rapat hubungan aku dengannya adalah tentng kepulangan kami bersama atas motor ke kedah..ke rumahku..penat..dan beberapa kali kami dihalau polis kerana tidur di tepi jalan...motornya beberapa kali meragam..belanja rasanya berkali2 ganda lebih mahal dari naik bas..apatah lagi keretapi..di rumahku ahli keluargaku kehairanan tentangnya..makan tangan kiri..he he mungkin dah berubah kot..tujuan motor itu adalah untuk mudah ke rumah mak wenya.. lorong seri..mungkin silap..

banyak lagi kenangan indah bersamamu AZLAN..tentang surat makian dari kawan Indiamu, tentang empat suku, tentang permulaan percintaanmu, tentang ustaz sabri, tentang perjuangan politik setelah menganut Islam, tentang komenanku terhadap YDP Kamsis, tentang hadiah cermin untukku, tentang,... banyak lagi la..unit dan amat memeritkan..kau anak tunggal dari keluargamu..kau ada simpanan duit yang menunggu matang...sekarang semuanya diwarisi oleh anak2mu..nasib kau meninggalkan zuriat..kalau tidak aku la penerimanya he he he.. Azlan, mungkin sedikit teman rapat..sebenarnya kau pun tahu, aku bukanlah teman rapatmu..tetapi kenapa aku banyak tahu tentangmu..kerana akulah tempat mencurahkan segala permasalahanmu..entahlah..maafkanlah segala kesalahanku..semoga Tuhan merahmatimu..amin..

No comments:

Post a Comment