kelmarin ketika aku berchatting dengan sahabat lama aku faisel di halaman facebook, aku dikejutkan dengan berita kematian bapa penakan isteri aku yang kami panggil pak lang. Kami terpaksa membatalkan semua aktiviti petang ank2 di sekolah untuk bergegas bali ke penang.. begitu juga dengan cadangan aku untuk bermain ping pong dan bola sepak.. semua terpaksa dibatalkan.memanglah bukan mnegejutkan sangat tentang pemergiannya tu..dia pun sudah tua. bapa mertua aku abang beliau pun sudah setahun pergi.kini gilirannya pula. demikianlah hidup ini, silih berganti..suatu hari nanti tunggu giliran aku pulak..
sedikit bercakap tentang pak lang ini. beliau merupakan seorang tua yang tidak banyak bercakap. sepanjang aku bersama dengannya dia seperti sedang berfikir. ketika aku baru kawen ngan isteri aku dulu dia adalah seorang tok siak di masjid kampungnya, lahar tembun dengan bapa mertuaku (abangnya) adalah imam. seorang tokoh juga ketika diangkat sebagai tokoh bapa mithali (entah apa istilahnya aku dah lupa) pulau pinang disebabkan kejayaannya mendidik anaknya yang ramai dan berjaya. seingat aku hanya seorang sahaja yang menjadi suri rumah..anak2 yang ramah tamah, ketika pulang ke kampung isteriku aku sentiasa menziarahi mereka..untuk pak lang semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu..tempat pemergianmu itu akan didatangi oleh semua orang termasuk aku..
Trial SPM 2012
-
Salam Sejahtera, Salam Melaka Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau
Saya dapati telah banyak usaha-usaha murni pihak-pohak lain dalam memberi
anak ...
12 years ago
No comments:
Post a Comment